Dec 20, 2010

Hati mengecil


EH
Hati saya
Dia telah menjadi kecil
Sebab terguris
Nasib baik tak terkoyak

Saya nak awak jahit
Tak kira macam mana awak nak jahit
Tetap nak awak yang cantumkan balik
Kalau tak gantikan dengan yang baru














If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Dec 14, 2010

Kenapa tiba-tiba tak nampak apa ni??

Waktu: lepas maghrib
Kejadian : Depan rumah dia tu

Nisa: Assalamualaikum, kunci ke pintu ni?
Dia : Aah kunci
Nisa: Takpelah, takyah susah-susah bukak.
Dia: Ok

Sembang sambil dipisahkan pagar rumah

Nisa: Nanti u fotostat kan sekali untuk I k.
Dia : OK, no problem.
Nisa: I nak gerak dah ni.
Dia: Ok, take care

Bila aku berpaling daripada pagar rumahnya, dan baru nak memulakan langkah, tiba-tiba dunia terasa gelap gelita.
Makkkkk!!!!!!!
Kat mana ni????
Apasal kaki tak cecah bumi ni.
Sakitnya tangan.
Ok, bukak mata dengan segera.

Rupanya, sekelip mata je aku dah duduk dalam longkang depan rumah dia.

Dia: Nisa, u ok tak?
Nisa: tak ok. huhuhu
Dia: Sory2, i lupa nak bagitau, besi tutup longkang tu kena curi.
Nisa: hmmm. takpe, i dah dalam longkang dah ni.

Tak tau la nak cakap.
Kelakar ke sebab satu badan duduk dalam longkang.
Ke nak kesian kat diri sendiri sebab mengalami kelukaan.
Ntah la tak tau.

p/s: terima kasih sebab selamatkan saya dan angkat saya keluar dari lubang longkang tu.

p/s/s: lubang longkang tu tak besar pun. bersaiz empat segi tepat lebih kurang kotak A4 tu. Tapi dalam betul. terkial-kial nak naik


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Nov 11, 2010

Wishes went away

Salam,

masih ingat post tentang rakan saya, Mohd Najib Ramli ?

Beliau dah tinggalkan kami semua dan kembali padaNya.

Allah sangat sayangkan beliau.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Amin.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Nov 2, 2010

Apa hon hon?

Makan jeruk tepi perigi
hai sekalian jiwa selamat pagi

Ceh, berpantun dua kerat sikit.

Nak cerita sikit, kalau atas jalan raya tu mesti ada bunyi hon.

Hah! petang-petang den selalu terkena. Sebab tertido bila trafic light kuar warna merah.
Bila lampu bertukar hijau org hon, menggelabah eden bangun. Tup-tup enjin kereta mati pulak bila kalut-kalut. Bertambahlah hot member tu.

Sebenarnya, hon ni membawa maksud. Mari kita selami maksudnya:

1. 1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”

2. 2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3. 3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

4. 1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

5. 2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH TAKDE OTAK KE”

6. 4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”
Apek jual tilam daa.


Anak kambing menari-nari
Sekian saja untuk ini hari.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Oct 18, 2010

Kenapa batal wuuduk?

Situasi:
Perbualan Si abang dan adik perempuan.

Si adik baru selesai berwuduk.

Si abang menyibukkan diri berjalan.

Keduanya berlanggar.

Si adik: Weh, terkejut aku

Si abang: Eh, kalau aku langgar ko pastu tersentuh tak batal wuduk kan?

Si adik: Mestilah tak

Si abang: Kenapa ah? Sebab kita adik beradik kan?

Si adik: Yelah, sebab muhrim

Si abang: Abes tu kalau suami isteri kenapa batal pulak?

Si adik: Ko gila ke? Memang lah. Nanti ko malas nak wuduk!

Logik juga jawapan tu kan?

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 3, 2010

Do eyes have tank?

Hi all,

"How are you?"
"Have you taken your breakfast/lunch?"

I always want to ask these questions when entering the class. Always. But when the time I enter the class, I always forgot to ask these questions. There are a lot of things that I wanted to share with my students before I come to the class, yet I always forgot to tell them. Am I losing my memory or what? Banyak makan semut ni.

Today, my problem with this short term memory becomes worst. I forgot to bring the radio (I need to teach listening). Worse comes to worst, I have to change the activity. I gave them question, and they need to tell me why.

These are some questions and answers given by them and my responses are in the bracket.

1. Why people wave their hands when they say goodbye?
Answers:
a. It looks nice if you use hands to wave instead of using leg, nose, eyes, ears, head. (logic and I accept the answers)
b. When we say goodbye, it is the feeling from our heart. So the nearest part is our hand. The leg is too far to accept the transmission of the feeling. (I accept and I just realize that feelings can be transmitted to our body parts)

2. Why we must write letters from left to right?
Answers:
a. So that our hands won't get dirty if we use wet pen and write from right to left. (wet pen=pen basah)
b. Miss, why the clock goes clockwise? (ok, I admit I dont know the answer. Anybody can explain why?)

3. Why our eyes shed tears when we cry?
Answers:
a. If there is no tears, our eyes will dry. We will blind. (Is it true?)
b. When we feel sad, the tank in our eyes will full. That is why we shed tears. (I just knew that our eyes have tanks)
c. Yes, we have tanks in our eyes and because of that, our eyes can produce water. (Ok class, after this we can drink our tears when we are thirsty.)

Air mata itu masin. Pernah rasa?

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 1, 2010

Somebody to Love

Somebody, Somebody
Can anybody find me somebody to love?

Got no feel, I got no rhythm
I just keep losing my beat
I'm ok, I'm alright
I ain't gonna face no defeat
I just gotta get out of this prison cell
Someday I'm gonna be free!!



P/s: I think I mean it.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 31, 2010

Parenting Skill

Hi sekalian makhluk yang hebat,
Mari tambahkan lagi kehebatan diri kita bersama.

Semua orang nak jadi hebat.
Tapi tak tau caranya.

Semua orang nak berkahwin, ada anak.
Kan memang itu yang diidamkan.

Tapi bila ada anak, boleh ke didik anak tu menjadi hebat.

Yang masih single tu, mungkin kamu sebenarnya belum ready untuk ada pasangan.
Kena perbaiki diri sendiri.

Macam saya lah.
Saya belum cukup sempurna untuk ada pasangan lagi.
Sebab tu masih tak kahwin lagi.

Bagi yang dah mendirikan rumah tangga tu,
dan masih belum ada rezeki untuk menambah bilangan ahli keluarga,
mesti ada hikmahnya.
Mungkin sebab belum selayaknya jadi ibu ayah.

Mendidik tu bukan lah perkara yang senang.
Pengaruh besar kepada anak-anak ialah ibu ayah.

Kebelakangan ni, tiap-tiap minggu menonton rancangan "Nanny 911"
Ibu bapa yang takde skill nak jaga anak,
mesti alami macam-macam masalah.

Ayah dan ibu kena bekerjasama.
Kalau nak bergurau pun biarlah hormat antara satu sama lain.
Dalam satu episod,
Ayah didik anak-anak untuk asyik kenakan si ibu jek
Satu keluarga gelarkan ibu dia "Michelle the Geek"
Bila si ibu marahkan anak yang bermain api,
Si ayah pula kata, "I'm very proud of u. U can put up the fire without anyone's help"
Si ibu terus-terusan marah, tapi si ayah memuji-muji.
Peninglah si anak.
Bila Si anak berjaya buka pintu yang terkunci menggunakan pisau,
Bertambah banggalah si ayah.
Si ibu pula terpaksa marah.
Macam mana ni..
Alasan si Ayah- "I want my kids learn through the hard way, as long as they are not bleeding"
Ada ke pulak macam tu.

Dalam episod yang lain pulak, keluarga yang lain,
anak-anak takutkan ayah, tapi tak takutkan ibu.
Bila si ibu pegang si anak, si anak bertindak kasar dengan meludah, menggigit dan memukul si ibu.
Reaksi si ibu pula, "Don't spit on me" , "Don't Bite me"
Tapi si anak menjawa, "I will if I have to"
Kalau saya lah, nak je dicubit-cubit budak tu.

Pengajarannya, nak jadi ibu ayah, kenalah bersedia.
Anak anugerah Allah yang tak ternilai.
Jangan sia-siakan.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 4, 2010

Disukai atau tak disukai??

Salam luar biasa semua.
Pernah terasa diri sendiri tak disukai oleh orang atau pun rasa semua orang tu senang dengan kita?
Mestilah pernah kan..
Janganlah susah hati kalau kita tak disukai orang dan janganlah terlalu suka kalau diri kita disukai orang. Sama ada kita sedar atau pun tak, pasti kita akan berada dalam situasi sama ada orang suka akan kita atau tak disukai.

Ada orang kat luar sana tu memang pelik. Dia tak suka dengan kita, kita pun tak tahu sebabnya. Ada tu pulak suka sangat dengan kita, kita pun tak tahu sebabnya. Ada tak?? Mesti ada. Mana pulak boleh tak ada. selagi kita hidup bermasyarakat, memang kita tak akan dapat lari daripada disukai atau pun dibenci.

Kawan-kawan, jangan sakit hati sangat kalau dapat tahu diri kita tak disukai . Kalau kita baik dan kita tahu diri kita memang baik, orang yang tak menyukai kita tu lah orang yang tak berapa baik. Jangan susah hati sangat. Tapi kalau kita ni rasa takdelah berapa baik dan ada pulak orang tak suka kita, orang tu pasti baik. Jadi, kita jadikan itu sebagai kayu pengukur untuk berubah menjadi lebih baik. Kan baik tu..

Sebenarnya, walau macam mana pun, kita akan jumpa dengan orang yang suka dengan kita dan yang tak suka dengan kita. Kita pun tak tahu sebab-musababnya. Tahu-tahu dapat sms kata, "Dahlah, muka macam siamang, engkau ingat engkau cantik sangat". Tak pun "Budget hensem, ingat semua orang suka ke. Dahla suka korek hidung membabi buta". Tak pasal-pasal kan, kadang-kadang kita tak kenal siapa orang tu.

Kadang-kadang pulak kita boleh dapat sms dengan kata-kata, "Dalam dunia ni tak ada orang lain yang saya sayang selain awak," Tak pun "Awak ni baik, comel pulak tu, susahlah nak lupakan awak." Eh, tak pasal-pasal pulak kan.

Pernah tak?

Sama ada pernah atau tidak, kita kena ingat hakikat ni. Memang ada orang benci kita tak kira sebaik mana pun kita. Dan ada orang yang akan suka kita tak kira sejahat mana pun kita ni. Pasti ada, sama ada nampak atau tak, tahu atau tak, itu yang membezakan. Pokoknya ada.

Macam kita tengok artislah, kan ada yang kita suka sangat-sangat. Entah kenapa kita suka sangat, sejak awal-awal lagi kita dah suka dia. Dia tak tahu, tak kenal pun kita, tapi kita suka sangat. Kalau dia punya konsert, kita mesti pergi. Kalau dia keluar album, mesti kita beli. Bagi kita sedap sangat. Kena sangat apa saja yang dibuat artis tu. Orang lain tengok macam nak muntah, tapi kita mabuk gila.

Tapi ada juga artis yang kita benci bukan main. Bukan artis tu pernah kata tak senonoh kat kita, tapi kita punya benci, masyaAllah..

Jadi kawan-kawan, jangan susah hati sangat kalau ada orang yang macam tu terhadap kita, sama ada benci atau suka, kita buat selamba mak enon jekk. Kalau orang puja kita sangat, ingat saat orang akan keji kita sangat, kita taklah riak semacam jek kan. Kalau ada orang keji kita sangat, ingat saat orang puja kita sangat, takdelah rasa hina sangat. Kan..

Sekian motivasi hari ahad..

P/s: berhenti tepi jalan ingat kan orang jual durian, rupanya orang carik cacing nak memancing..patutlah tak nampak durian ingatkan sebab hujan tak nampak durian. Dan dengan selamba tanya "Bang, cepatnya durian habis??" dan brother tu jawab, "Durian takde, cacing banyaklah, nak ke??"

P/s/s: harap-harap dia lupa raut wajah ku ini..

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 2, 2010

It's Not The Same

I've tried hard and harder
But still there's
Nothing can replace you
It won't be the same


Nothing's quite the same now
I just say your name now

But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't want me back
You're just the best I ever had


It feels awkward
But, I'll try to move on.

Keep going on Nisa.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 29, 2010

Bestfriend forever!!

Semoga bahagia selamanya dunia dan akhirat.
Matden dan Chotek.
Selamanya berkawan baik lah kamu berdua.

Too happy for both of you.














p/s: Tips chotek, nak cari suami, carilah bestfriend dulu..



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 17, 2010

Award
















Thanks Adik Ema.
Beauty lies in the eye of the beholder.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 10, 2010

Dajjal sudah wujud?

" Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedut perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari
Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh Nabi Isa as). wallahu al'am..

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan ideologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mendakwa bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan
kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan

wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.

Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cubaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."

http://www.saibaba.ws/


Sumber

p/s: saya tak faham apa itu NTT. Mungkin Nusa Tenggara Timur. kot..


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 8, 2010

Wishes

Salam semua, sekarang ni musim orang kahwin kan, sebab ni musim cuti sekolah. Asal cuti sekolah je orang kawin, asal orang kawin je cuti sekolah.

Kepada sahabat , Liyana, selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Tak dapat lama di rumah dia hari tu, kerana ada 3 lagi majlis yang hendak dituju. Sedih, sebab tak dapat berjumpa dengan kawan2 lama yang lain. Hanya kami berempat je yang sampai pagi tu.

Di kesempatan yang ada pada hari yang sama, dapat lah melawat rakan lama, Najib. Sangat sedih melihat keadaannya. Bila kenangkan kesakitannya, tertitis air mata. Semoga Najib tabah dalam ujian ini.

Dulu-dulu, dalam kalangan kami, Najib lah antara orang yang paling sihat. Sekarang beliau dah tak mampu bangun. Kakinya tak mampu bergerak lagi. Bergerak hanya dengan kerusi roda. Masanya dihabiskan dengan berbaring. He is helpless. Dalam usia yang amat muda, Najib didatangi ujian yang amat berat. Semoga Najib tabah.

















Pada mulanya, kakinya hanya bengkak-bengkak dan semakin lama bengkak menjadi teruk. Bila dibawa ke hospital, sakitnya masih lagi menjadi misteri, hingga doktor mengambil air tulang belakang (4 kali). Tak faham dengan doktor tu, kenapa sampai 4 kali. Setelah tak dapat kesan apa-apa, Najib dibawa ke hospital pakar. Doktor kata ada masalah buah pinggang. Mujurlah Najib tak membenarkan tisu di buah pinggangnya diambil dan bertindak untuk pulang ke rumah. Sekarang, hanya rawatan alternatif yang menjadi inisiatif. Semoga Najib lekas sembuh. Nampak beliau telah letih setelah berbulan-bulan cuba menentang penyakit ini.


Foto di bawah ini adalah fokus di kakinya. Kalau tak sanggup jangan tengok lama-lama.

















Semoga Najib lekas sembuh, serta diberi kekuatan mengharungi ujian dengan tabah dan kuat.

p/s: tak faham kaitan kaki yang bengkak dan perlu diambil air tulang belakang. sedikit pissed off dengan doktor tu. Mungkin ada explanationnya.

p/s/s: Gambar dari akaun FB salah seorang rakan.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 1, 2010

Review on Youth '10: Malaysia's Largest Youth Festival

Hi everybody.











Malaysia's Largest Youth Festival was an enormous event. Since, there were a lot of goody bags given, which made me went to the event twice, I feel no regret to come over again.

1. Pen-drive











Filled in a survey and get free 1GB pendrive as in a pen shape. There is also a laser at the back of the pen.

2. Registered as a member of KFC Snax get free KFC's meal. For more information click here. http://www.snax.com.my/

3. Filled in a questionnaire and get free pack of Libresse sanitary pad. Joined in the photography competition organized by the Libresse team at the booth.

4. Bought Nivea products at RM10 which include lotion, deodorant, facial wash. Got the chance to win big size of another lotion in lucky draw and also a silhoutte lotion after fill a form.

5. Registered as a member of Majlis Belia Selangor and get free gifts.

6. The most thing that I'd really wanted is to be a member of Cleo. Unfortunately, I couldnt stand any longer to wait in the line. The que was so long and it didnt move for after 15 minutes we'd line up there.

And it's just not about the free gifts, but also a lot of event were held, such as dance, shopping bazaar, Battle of the Band, conference, futsal, and a lot more.

On the contrary, I saw that there are a lot of teenagers who still havent matured enough yet which may lead to the social problems. Berbulu mata tengok adegan mereka. ok.

On the third day, I went there once again and I gain a new knowledge from one of the exhibitors there. I'd like to share it here as I knew that this is important for us as women. For guys, please spread this knowledge to your wife, mother, sisters and friends. Jangan malu-malu kucing if you really love them.

There's a lady approached nicely to us and asked us to just spend a little time at their booth. At first, I really had no interest to listen at the speaker as the speaker was a GENTLEMAN and the product was a sanitary pad. Irony kan?

G- gentleman. U-us

G: Cuba adik rasa mana lebih basah? (He's handing 2 sanitary pads for us to compared. It happened that they use a new introduced brand of sanitary pad to compared with their product)
U: Yang ni (showed their product)
G: Selalunya adik tukar berapa pad dalam satu hari?
U: Errr....
G: Minimum 4. Betul tak?
U: Err (sambil angguk je lah)
G: Ok, Kalau produk kami, boleh pakai dari 7pagi sampai 5ptg tanpa rasa basah.
U: Eh??
G: Cuba adik tengok, mengalir tak (demo perah pad yang dibasahkan dengan air)
U: tak.
G: Adik nak sihat tak?
U: Mestilah nak, ada ke orang yang mintak sakit.
G: Dengan RM1.50 adik boleh tak mencegah kanser?
U: (Nod our head)
G: Dengan RM1.50 boleh tak nak rawat kanser?
U: Tak boleh lah.
G: Adik tau tak apa kandungan dalam pad?
U: Tak tau. Saya tak kerja kilang pad.
G: Hahah, ok dalam pad ialah lapisan kertas yang telah direcycle. Lalu dia buat pad.
U: (Shocked. I thought tuala. sebab tuala wanita. Eh, rupanya takde kena mengena)
G: Selalu kalau kertas recycle warna apa.
U: Warna envelope. Kecoklatan.
G: Tapi warna pad, warna apa?
U: Warna putih.
G: Ha, macam mana dia buat jadi warna putih?
U: Ada lah proses pencerahan yang diorang buat.
G: Ye, diorang campurkan dengan bahan kimia yang macam clorox.
U: (ternganga)
G: Sebab tu ramai orang yang kena kanser servix, kanser rahim.

Enough here.
This is knowledge which we need to spread. Be careful. If you all realized, there are two types of sanitary pad. One which is the normal recycle paper which is easy for us to clean it, the other is the gel type of pad which actually hard to clean it. Betul tak? Now, instead of using the paper type, I suggest that we change to the gel type. Mencegah lebih baik dari merawat kan. Even though my sister hates apple, because an apple a day keeps the doctor away. Dia takut pesakit dia nanti lari kerana epal. Haha. But, my advise is, please please please be health conscious.

Oh, abang tu pesan, jangan banyak minum ais. Ianya menyebabkan keputihan. Lebih-lebih lagi kepada yang ada masalah senggugut tu. Kawal-kawal diri dari minum ais. Kalau nak sejuk juga, simpanlah air dalam peti sejuk. Kan sejuk tu..

Akhir kata, Sayangi sistem peranakan anda.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

May 26, 2010

Selingkuh!

Hai semua.
Tajuk kita pada hari ni ialah selingkuh ye.
Selingkuh= curang.
Saya gunakah istilah 'selingkuh' ni la ye. Lagi pun, 'curang' ni macam agak kasar pulak bunyinya pada saya.
Pada yang dah ada pasangan, jangan selingkuh ya.
Hormati pasangan, setia pada pasangan dan terima pasangan seadanya.

Mungkin masa bercinta, bila salah seorang dari pasangan selingkuh, dan bila masa kata putus untuk berpisah dah diputuskan. Masih tiada masalah.
Tapi bagi pasangan yang dah lama berkahwin, dah ada beberapa orang anak, anak pun dah besar untuk faham situasi masalah ibu bapa, perkara ni tak sepatutnya terjadilah kan..
Mungkin boleh difikirkan semula, kenangan bersama pasangan, sama-sama membesarkan anak mencari rezeki, kenapa perlu berselingkuh.
Cuba bayangkan apa yang akan jadi pada anak-anak kalau lihat ibu bapa dah tak macam masa-masa lalu.
Kasihan anak-anak.

Kalau isteri yang selingkuh, dosanya tak akan tertanggung.
Syurga seorang isteri tu di tapak kaki suami.
Isteri yang nusyuz tak akan dapat mencium bau syurga.
Suami perlu ditaati dan dihormati selagi apa yang dipintanya tak berlawanan dengan hukum agama.
Isteri yang selama ini menguruskan anak-anak dan jika tiba-tiba selingkuh, macam mana dengan anak-anak?
Anak-anak perlukan ibu setiap masa.

Sementelahan itu, kalau suami pula yang selingkuh, dayus namanya.
Tanggungjawab sebagai suami dan bapa akan terabai.
Yelah, sibuk bercinta dengan orang baru.
Anak-anak dah tak dihiraukan.
Cuba bayangkan, nak hidup dengan orang baru.
Nak mulakan balik dari bawah. Tak penat ke. Sedangkan isteri yang bersusah payah membesarkan anak-anak bersama-sama dulu tu dah senang dengan adanya rezeki anak-anak.

Jadi, untuk yang ingin mendirikan rumahtangga, pastikan betul-betul bersedia.
Jangan tiba suatu masa, anda selingkuh.
Saat bercinta memang manis, tapi bila dah beranak-pinak, lagi hebat ujian yang akan melanda.
Jadi, sentiasalah cari ilmu di dada. kerana proses mendidik juga memerlukan kita untuk belajar.
Sebab, dari sudut pandangan saya, orang yang tak berilmu tidak akan fikirkan tentang masa yang akan datang. Tapi kalau orang yang berilmu itu selingkuh, itu maksudnya, ilmu yang dipelajari tidak dipraktikkan.

Bagi yang dah berumahtangga pula, jagalah keluarga anda sebaik mungkin.
Keseronokan sementara tak menjamin kebahagiaan.

Mari sama-sama mencipta kebahagiaan berkekalan.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

May 19, 2010

Gangguan Tidur

Hello everybody.
Mulakan hari dengan ceria ye semua.
Seusai bercuti rehat di rumah 2 hari ni, memang tak berbuat apa-apa pun.
Disebabkan demam dan tak mampu berbuat apa sangat,
Jadi hanya memenuhkan masa dengan membaca, online dan menonton tv saja.
Kebetulan berpeluang menonton Wanita Hari Ini dan tajuknya gangguan tidur.

Pernah tak bila kawan-kawan tidur, sekali-sekala terasa seperti dihimpit atau ditindih?
Saya pernah, masa zaman di usm.
Lepas tu bangun pagi ada lebam-lebam kat kaki.
Saya pun pernah.
Inilah namanya gangguan tidur.

Pernah saya soalkan hal ini pada seorang kawan.
Dia kata ada penjelasan saintifiknya,
Dia kata bukan makhluk halus, hanya mimpi yang membuatkan kita rasa camtu. (tapi saya kurang yakin).
Tentang hal lebam pula, dia jelaskan yang sebenarnya ada terhantuk masa tidur atau sebelum tidur.
Saya juga kurang yakin hal ni.

Maka, semalam, terjawab semua persoalan saya.
Memang itulah gangguan tidur.
Tapi, kawan-kawan jangan takut kalau benda ni berlaku.
Memang bila berlaku, kita akan tergamam.
Tak ingat satu pun ayat-ayat suci yang perlu dibaca.
Yang hanya kawan-kawan boleh buat ialah dengan menggerakkan anggota-anggota kecil macam jari kaki atau tangan.
InsyaAllah, benda tu hilang. Lepas tu bangun dan berwuduklah.

Kalau kita tidur, jiwa dan roh kita terpisah.
Roh berjalan-jalan dan jika anda mimpi dikejar anjing, bila bangun anda akan rasa sangat letih.
Sebab anjing kan boleh nampak benda ghaib..

Jika anda ingin tahu anda ada gangguan berkaitan keturunan saka, ada jenis mimpinya.
Kalau lelaki akan mimpi dia berada di tempat tinggi atau jatuh di tempat tinggi.
Kalau perempuan, mimpi akan bayi, sama ada melahirkan bayi atau pun menyusukan bayi.
Jadi, ni lah tanda-tandanya kalau anda ada saka keturunan.

Akhirulkalam, mimpi tu ada 3 jenis. Petunjuk, gangguan syaitan, dan apa yang kamu fikirkan sebelum tidur.
Contoh apa yang anda fikir sebelum tidur itu, bila anda makan nasi dan tak minum air, anda mungkin mimpikan sungai atau laut.Hal sebegitu juga berlaku jika anda teringat akan seseorang, anda akan mimpikannya.

Jadi untuk atasi gangguan tidur ini,
1. Sebelum tidur basuh kaki, macam orang tua-tua cakap. Lebih elok kalau berwuduk.

2. Baca 4 Qul dan tiupkan di telapak tangan dengan tiupan selembut jarum. Mesti lembut je, jangan tiup macam tiup lilin kek tu. Tiup macam tiup kayu api dan debunya tak berterbangan.

3. Kalau terjaga dari mimpi ngeri, ludah 4 kali di sebelah kiri. Pastikan la pasangan anda, atau adik atau kakak atau abang anda, tak berada di kiri anda. Kang terludah diorang, tak pasal-pasal jadi gaduh pulak. Lepas tu bangun, ambik wuduk atau lebih baik lagi solat sunat.

Semoga perkongsian ilmu ni beri manfaat pada kita semua.

Kalau mimpi gigi patah, tandanya orang terdekat akan meninggal dunia.
Saya mimpi gigi saya berlubang lah, apa tandanya ye?
Memang akan berlubang betul ke?
Tidak, saya tiada sebutir pun gigi yang berlubang lagi.
Tak mau!!!!!


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

May 17, 2010

10 Cara Takutkan Jiran Sombong

Jiran anda menyakitkan hati? jiran anda membuat anda mrh? Jiran saya membusukkan la..
Boleh praktikkan cara-cara di bawah ni ye.

1. Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih. Bila jiran tegur nanti, kata je, "takde apa-apa tu. saya nak tanam sayur..nak berkebun," sambil menyiram air mawar ke atas 'kubur tipu' tu. lagi wangi lagi real.

2. Bila jiran anda tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas/kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman rumah mereka dan dengan menjenguk-menjenguk tingkap mereka, Mereka pasti seriau. Untuk tambah effek seram lagi, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari, lebih-lebih lagi bila mereka tengah menonton cerita 'pontianak harum'

3. Pesan pizza atau mekdi tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka. Make sure la jiran anda tu ada di rumah mereka. Kalau jiran complaint, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka..

4. Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di dalam tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, katakan saja, "tong sampah saya penuh dengan mayat..eh..eh..sampah..hehehe"

5. Jika anda duduk dengan keluarga, suruh ahli keluarga anda panggil anda dengan gelaran 'Duli yang maha mulia seri paduka zargon'. Kalau duduk dengan rakan-rakan serumah, minta mereka panggilkan anda sebegitu. jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

6. Buat open house dan jemput jiran anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high heels sebagai hidangan utama. Buat bbq di halaman dan panggangkan selipar jepun anda. Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali. Kalau sayang kan kasut, boleh gunakan kasut yang lama.

7. Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk di atas kerusi. Suruh duduk kat atas lantai, walaupn ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines). kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup..

8. Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku-buku anda. Jika jiran tengok, katakan saja anda tak suka baca bahan bacaan kotor. (konon-konon anda basuh sekali semua bahan bacaan anda)


9. Setiap subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman/pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan atau pelik, katakan saja, "kuat betul pokok-pokok awak ni berjalan"


10. Buat patung boneka daripada kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda. Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa di sisi dan tak lonely. Sure dia horror..!!




If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru!!
Kepada semua warga guru yang bergelar guru.

Khasnya pada dua insan yang bergelar guru sejak lahir saja aku ke dunia ini.
Terima kasih, atas jerih payah mendidik, tanpa jemu menasihati menegur kesalahan.
Tanpa rotan ayah, tanpa cubitan emak, hari ini pasti tak ketemu.

Pada guru-guru yang pernah mendidikku
Terima Kasih Cikgu.

Pada kawan-kawan yang berjuang di bidang perguruan.
Happy Teacher's Day.
Jangan Jemu mendidik ye semua.

"Guru bagaikan lilin menerangi kegelapan, memberi sinar dan membakar diri agar insan lain menjadi insan yang berguna"

Ungkapan ni mesti kedengaran bila tiba hari guru kan.
Tu masa zaman sekolah dulu la.
Tapi ada anak muridku tak pernah dengar ungkapan ni.
Kasihan..Sungguh Kasihan (dengan nada nyanyian)
Haish, anak-anak masa kini..



Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Oh, tak lupa juga, Selamat Hari Guru untuk diri sendiri.
Heh, tak salahkan wish diri sendiri??


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

May 8, 2010

Sambutan Hari Ibu? Apakah hukumnya?

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”

[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

HARAM SAMBUT HARI IBU.

Source: http://dakwah.org/blog/?p=135

Mari sama-sama renungkan.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

saya sayang awak

Memetik kata saudara Hilal Asyraf,

Sayang tu tak hadir dengan mulut. Sayang itu lahir dengan amal. Jadi, nak tahu sayang ke tak, kita tengok perbuatannya. Kalau lempar ke neraka, sayang apa namanya.


Betulkan?
Renung-renungkanlah.

Mari layan video clip ni



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

May 1, 2010

Bila air mata mengalir

Salam berhari buruh semua.
Seronok bila balik kampung hari-hari cuti ni.
Tapi seksa untuk pulang ke kampung tu, haish.

Semalam, keluar ofis awal.
Mimi hantar ke ktm serdang.
Tunggu tren punya la lama.
Hampir sejam.
Orang semakin bertambah ramai.
Macam-macam orang ada.
Yang cerah, yang gelap, yang besar, yang kecik, yang tinggi, yang tak tinggi, semualah ada.

Bila tren sampai semua orang pun berebut nak naik la kan.
Dah lama tunggu, takkan tak naik pulak.
Kerana terlalu ramai orang berasak-asak, pintu tren x kelihatan langsung.
Sedar-sedar dah termasuk dalam tren. Lucky me.
Tapi sakitnya berasak.
Memang dah tak boleh sumbat pun.
Semua orang menjerit, "Jangan tolak, jangan tolak"
Tapi masih berasak-asak lagi.

Bila paling ke belakang.
Oh, bukan orang Malaysia rupanya.
Dan dah kerana sakit sangat ditolak.
Aku terpaksa menjerit, "Do not pull, do not pull"

Tapi diorang masih lagi berasak-asak.
Then, baru realize, pull tu kan tarik.
terus la jerit, "Do not push, do not push" sekuat hati.

Bila pintu tren tutup,
tiba-tiba air mata mengalir turun dengan derasnya.
Eh, tak tau nape tiba-tiba menangis depan khalayak ramai.
Rasa macam kememe lak.
Semua orang Malaysia bantu pujuk-memujuk.
Satu Malaysia.

Inilah pertama kali,
naik tren yang takde inersia langsung.
Sebab semua orang tersangat lah rapat.
Dan merasakan jarak satu stesen tu sangat-sangat jauh.


Alhamdulilah, perjalanan dimudahkan seterusnya.




If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Apr 29, 2010

Tagged Award

* Thank & link the person that gave u the award

* *Pass diz award onto 15 bloggers u've recently discovered n think are fantastic

* *Contact said blogs and let them know they've won the award

* *State 7 things about urself

Thank u ye nana and pocik dearie.
U've passed the award as well as the tag thingy.
Award about what and why, it is still remain unanswered okay.

I'd like to pass this award to:
1. syamimi
2. kak zu
3. arina
4. anem
5. oshinz
6. bee
7. mai
8. kak fath
9. kak milin


Ok, here's the 7 things:

1. Currently in the same size as the old days.I will not have the chance to grow up anymore.

2. Being alone is not a problem for me anymore.

3. Addicted to Glee! as well as Wali Band

4. Hate weirdos, especially lady gaga.Disgusting!! Do not have any interest on Lady Gaga anymore.

5. Possess a happy family and loads of nice friends. Really thankful.

6. Does not have a permanent job yet, but a lot of debts need to settle down. Siapa yang baik hati di luar sana tu, sila dermakan ke tabung bantuan cik nisa boleh??

7. Sensitive sometimes.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Apr 28, 2010

Coklat Memang Sedap

Ramai orang suka coklat.
Tapi tergamak ke nak makan semua coklat ni?

Coklat Laptop

















Canggihnya makan laptop pulak
Boleh tengok movie sampai laptop habis dimamah.

Coklat Keyboard












Kalau rasa lapar makan la sambil menaip
Tapi kalau cair macam mana ni??
Iyekkk..

Coklat High Heels















Ni untuk para wanita di sana
Rasa hebat kan kalau kata
"I makan heels tadi"
Esok lusa makan pulak ribbon depan tu.

Coklat Nike Shoes
















Untuk para jejaka di luar sana,
Boleh makan dengan kotak kasut sekali.
Jangan malu-malu.

Coklat Formula 1













Lagi hebat bila bagitau kat semua orang.
"I makan Ferrari F1 hari ni"

Coklat Sabun












Untuk makan ke atau buat mandi??
Atau keduanya sekali?
Makan sambil mandi??
boleh ke?

Coklat Ubat Gigi












Lepas gosok gigi
boleh la telan terus.
Entah apa rasanya ye.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Apr 20, 2010

Ingatan!!

Hai sahabat semua.
I just read through this thing.
It is just a reminder and a maybe a new knowledge for those who doesn't know the effect.
Especially to nana, nuha, zahida,and u and u and u.
If u're reading this.
Please please please reduce the amount of panadol that u r taking.
In any condition. please, coz i love u all.

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. ..

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Apr 16, 2010

Saya dikerumuni rasa takut

Selamat Hari Jumaat kawan-kawan,
Moga sentiasa di bawah lindunganNya.
Lebih-lebih lagi di hari yang mulia ni.
Penghulu segala hari.
Mari sama-sama perbanyakkan amalan.

Malam tadi, diselubungi rasa takut.
Takut yang amat sangat.
Sebab mimpi tentang hari kiamat.
Bumi berpecah-belah.
Langit hitam sangat.
Hish, tak tau lah macam mana nak describe.
Semua isi bumi keluar.
Ya Allah, takut hingga tersedar.

Dengan itu, saya sukalah nak mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan
Bila-bila masa kiamat itu boleh tiba.
Ngeri kiamat tak sama dengan ngeri takut masuk hutan sendirian.
Tak akan sama dengan masuk rumah hantu.
Tak sama dengan menaiki Vortex atau Challenger atau Top Gun kat Pesta Penang

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata: "Saya tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah yang cinta itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Adapun ditiga tempat (masa) maka tidak ingat iaitu ketika ditimbang amal sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima lembaran catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka ular naga lalu mengepung mereka dan berkata "Aku diserahi tiga macam: Orang mempersekutukan Allah s.w.t. dengan lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang, zalim dan orang yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka diringkus semua orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka jahannam, dan diatas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya bantolan dan duri-duri, sedang orang-orang yang berjalan diatasnya ada yang bagaikan kilat, dan bagaikan angin kencang, maka ada yang selamat, dan ada yang luka terkena bantolan duri, dan ada yang terjerumus muka kedalam neraka."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Diantara dua kali tiupan sangkakala itu jarak empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan dan membangkitkan semula). Kemudian Allah s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan mani orang lelaki, maka timbullah orang-orang mati bagaikan timbulnya tanaman (sayur-sayuran)."

Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan." Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."

Kemudian Allah s.w.t. menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki selama empat puluh hari, sehingga air telah mengenang diatas segala sesuatu setinggi hasta, maka Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana semula dahulu, kemudian Allah s.w.t. menyuruh (berseru): "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatularsyi." Maka hiduplah mereka. Lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya, lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkan, maka keluarlah roh-roh bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu masuklah roh itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan mereka.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah mereka dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada Tuhan mereka , kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah s.w.t. membiarkan mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka menangis sehingga habis air mata, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga banjir sampai kemulut, kemudian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka keburu-buruan menuju panggilan itu, maka apabila telah berkumpul semua makhluk, jin, manusia dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit, maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para Malaikat, dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada diantara kamu yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?" Dijawab: "Tidak ada." Kemudian turun ahli langit kedua dan berbaris pula, kemudian turun prnduduk langit ketiga, dan seterusnya sampai langit ketujuh, masing-masing berlipat dari yang sebelumnya dan semua Malaikat itu melindungi penduduk bumi."

Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Manusia akan dibangkitkan kembali kepada Tuhan pada hari kiamat, sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah berkata: "Laki perempuan berkumpul ya Rasullullah? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya." Siti Aisyah berkata: "Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah pada setengahnya." Nabi Muhammad s.a.w. sambil memukul bahu Aisyah bersabda: "Hai puteri dari putera Abu Quhafah, kesibukan orang-orang pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu, orang-orang pada mengarahkan pandangan kelangit, berdiri selama empat puluh tahun tidak makan, tidak minum, ada yang berpeluh sampai tumit, sampai betis, sampai perut dan ada sampai mulut, kerana lamanya berhenti, kemudian berdiri para Malaikat mengelilingi arsy, lalu Allah s.w.t. menyuruh menyeruan nama fulan bin fulan, maka semua yang hadir melihat-lihat orangnya, lalu keluar prang itu untuk menghadapi Tuhan Rabbul A'alamin. Dan bila telah melihat Rabbul A'alamin dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya oleh orang itu untuk diberikan dari hasanat kebaikannya kepada orang-orang yang teraniaya itu, kerana pada saat itu tidak ada pembayaran dengan mas, perak (dinar, dirham), maka orang-orang selalu menagih sehingga habis hasanatnya, maka diambilkan dari dosa-dosa orang-orang yang dianiaya itu untuk dipikulkan kepadanya, kemudian jika selesai semua maka diperintahkan: "Kembali ketempatmu dalam neraka hawiyah (jahannam) kerana pada hari ini tidak ada dhulum." (penganiyaan), sesungguhnya Allah amat segera perhitunganNya. Maka pada saat itu tidak ada seorang Malaikat yang muqarrab atau Nabi Rasul melainkan merasa bahawa tidak akan selamat, kecuali jika mendapat perlindungan Allah s.w.t."

Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat selama seratus tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri dan seratus tahun dalam kegelapan mereka bingung sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan. Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat, kerana itu wahai orang yang sihat akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah s.w.t. untuk memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."

Sumber/ Baca lagi di sini

Ye kawan-kawan,
mari kita sama-sama muhasabah diri balik.
Sekadar ingatan kita bersama.

Menangis ketakutan

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Apr 9, 2010

Si bulan itu

Terang cahaya si bulan di langit tinggi
Jadi peneman tika sunyi
Diluah jerih perih rasa hati
Yang selalu rasa tak mengapa hidung dikeluani

Si bulan hanya mampu tersenyum sinis
Bukanlah hidup kalau tiada pahit manis
Lalu bulan pergi usai sesi bicara habis
Setelah awan tak lagi menipis

Si bulan itu menjenguk lagi
Keadaan masih begini
Tiada berubah setia menanti
Sedih gembira menangis sendiri

Dah janji dengan diri sendiri:
Tak nak mengeluh selalu.
Tapi kalau terlanggar janji macam mana?
Kena denda tak?


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Mar 22, 2010

Adik-adikku,InsyaAllah Boleh !

Rancangan realiti TV Adik-adikku dah selamat tamat minggu lepas.
Program ni macam tak dapat publisiti sangat.
Amat kurang hebahannya.
Ditayangkan kat TV1.

Tapi, pengisiannya amat padat.
Penuh dengan ilmu, pengajaran, nilai-nilai.
Pandai lah adik-adik ni semua.

Perasaan kita turut terikut dengan penyampaian diorang ni.
Bila sedih, memang akan terheret dengan kesedihan tu.
Yang jadi juara tu memang best lah.
Two thumbs up Adik Wajih!

Siapa yang tak tengok tu,
jom view balik.
Sangat tak rugi.


Apa fikir Nabi, dan apa pula fikir kita?
Fikir kita, biasanya..
bangun pagi pergi kerja, pergi sekolah,
keluar pagi balik petang,
Dapat gaji, bayar hutanglah..
Macam tu lah hidup kita.

Betulkan??

Ada sorang lagi, Adik Syazwina.
Memang comel adik ni bercerita.
yelah,Murabbi dia pun Ustaz Zamri, yang Mari Mengaji tu.



Comel kan Adik ni..

Hopefully, adik-adikku ni akan ada lagi pada masa akan datang.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Mar 15, 2010

Boleh ke dapat semuanya??

Pernah tak terasa bila mana
Kita inginkan sesuatu tu yang teramat sangat.
Lepas tu langsung tak dapat benda tu.
Akhirnya dapat benda lain.

Ok, contoh paling senang la kan..
Kalau kita nak sangat pergi kat angkasa lepas.
Walau macam mana usaha pun, tapi cuma dapat terbang hingga ke langit biru je.
Lalu kita mengeluh, tak dapat sampai ke angkasa lepas tu.
Tanpa kita sedar, yang sebenarnya dah cukup bertuah sampai ke langit biru tu.
Ramai lagi orang yang takde peluang tu.

Contoh kedua,
seorang gadis X dan seorang jejaka Y.
Bercinta bukan main lama.
Setia, tak bersanggupan selingkuh, semua lah.
Masa, Duit, segalanya dikorbankan.
Gadis X hendak sangat-sangat mendirikan rumahtangga dengan dengan jejaka Y.
Tapi, ditakdirkan tak bersama hingga akhirnya.
Mungkin si gadis X telah dipaksa oleh keluarga untuk menjadi suri orang lain.
Atau jejaka Y masih lagi memerlukan masa untuk menyunting gadis X.
Dipersalahkan siapa?

Kita selalu tak pernah bersyukur kan,
dengan apa yang kita dapat.
Selalu mengeluh tentang kenapa kita tak dapat kan sesuatu yang kita sungguh-sungguh hendakkan.

Bila kita dapat sesuatu yang bukan kehendak kita,
cuba kita tengok dari perspektif positif.
Mungkin takdir untuk sampai ke angkasa lepas tu bukan untuk kita.
Manalah tahu kan, bila dah sampai ke angkasa lepas tu, jadi manusia hipokrit.
Jadi, Allah tu nak bantu kita untuk tak jadi hipokrit, maka sekadar langit biru dihantarnya kita.
Ataupun, dalam kes gadis X dan jejaka Y, dah ditentukan jodohnya.
Gadis X mungkin menjalani hidup yang lebih baik,
yang mana yang tidak pernah dirasakan semasa dengan jejaka Y.
Yelah, jejaka Y kan masih perlukan masa.
Jadi Allah dah sediakan seseorang yang dah bersedia untuk mendidik, melindung gadis X.

Jadi, mari sama-sama renungkan balik,
"....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesutu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

No, you can't always get what you want
You can't always get what you want
You can't always get what you want
And if you try sometime you find
You get what you need

Just a reminder for myself.
Tak semua yang kita inginkan adalah yang terbaik.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Mar 14, 2010

re-Glee-ing

Selamat pagi Ahad semua..
lihat kepada tajuk entri hari ni.
itu maksud yang diberi ialah, mabuk glee..
Dah tonton hingga episod 13.
tak sabar tunggu sambungannya.
Jadi, sebab dah suka sangat..
maka terpaksa ditonton selagi boleh.

Eh, Cik Nisa,
Keja banyak pun curi2 tengok glee lagi??
Assignments, presentations, works.
See the 's'??
Ok, memang banyak.

Pagi tadi berjogingan.
Oh, crap, stamina dah takde.
blogger-emoticon.blogspot.com
Tak sampai 1 pusingan pon dah tak larat.
tak macam dulu-dulu masa zaman muda-muda.
Sedih tau bila macam ni.
Cepat penat, cepat ngantuk masa kerja.
Dalam klas apatah lagi, menguap saja.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Mar 11, 2010

Tah-Ni-Ah

Hola everybody,
Hari ni, 11 Mac 2010, dengan rasminya keputusan SPM dikeluarkan.
:pompom:
Congrates to my lil' sis.
U make us proud!!
Nanti kakak belanja adik makan.
Hadiah xpayah la.
Kasih sayang tulus suci dah cukupkan.
Tak ternilai dengan barang2 yang dijual kat kedai tu kan..
Ni bukan sebab kedekut, tapi berjimat..

Eh, semua adik-adik dah takde yang sekolah lagi la..
Dah takde budak sekolah dalam rumah.
Baru rasa dewasa sikit bila balik rumah..
Eh, Ada kena mengena ke??


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Mar 10, 2010

Glee-ing

Morning everybody..
Lama tak update kan..
Last week is a horror for me.
sakit perut berhari-hari
eh sakit yang amat sangat.
Ohh, doktor pakistan tu kata,
"perut dalam acidity"
Nasib baik bukan gastritis.

Eh, hari ni jadi pekerja berdisiplin amat tau.
Pagi-pagi lagi dah sampai ofis.
Ingat ada meeting.
Lor, rupanya esok lah.
Buta kalendar ke?

Currently addicted to Glee!
To those who love musical,
You all SHOULD watch this.
Even break time, i spend my time watching Glee!
Mr Shuester, u rock lah!!
I heart u!!












Gila Glee ni.
Final words: You all SHOULD watch this.

Nah, sikit preview.



Cute isn't it??


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Feb 28, 2010

Belly Dance

Aloha..

Berpagi-pagian.

Berdansa Belly.
Memang Syok.

Cubalah try test.
Ada berani??




If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Feb 24, 2010

Selamat Sejahtera ke Atas kamu

Assalamualaikum..

Dalam perjalanan ke kelas tadi, ada seorang hamba Allah ni beri salam.
Serta senyuman yang ikhlas dilemparkan.
Tersentak di hati bila lama tak terima ucapan sebegini.
Lantas teringat masa-masa bertugas di sekolah.

Masa tu,
setiap kali melangkah,
kemana-mana,
ke kelas, ke kantin, ke makmal, ke tandas,
tak putus pelajar-pelajar ni ucapkan salam.
Setiap masa ada saja orang yang mendoakan kesejahteraan.
Walaupun bukan pelajar yang diajar.
Tetap ucapkan salam.
Rindu masa tu.

Sekarang,
sangat jarang dan kadangkala tiada langsung ucap salam.

Selama berjalan,
terfikir juga, tiadalah salah kalau kita ucapkan salam pada yang lain.
Menyenangkan hati orang lain,
Memaniskan muka,
Ukhuwafillah pun terjalin.
:look:


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Feb 20, 2010

Tangisan Itu Kesedihan

Rasa berbelah bagi
Mula-mula nak buat
Lepas tu tak jadi
Susah nak putuskan

Bila dah buat
Sangat ternanti-nanti
Akan keputusan itu

:what:

Tertanya-tanya
Diri ini diterima atau tak

Tapi..
:cry:

Mungkin..
perlu sedar akan kekurangan diri
Redha dengan segala kehendakNya
Aku hanya hamba yang lemah

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Feb 16, 2010

Will you hate me??

Honesty is the best thing ever that can be given.
Needs no money.
Needs no assets.
The truth will be always shown in no matter way.

As I listen to this nasheed, making me feel that I'm not alone.
I am the one who did a lot of mistakes during the past.
Hopefully, the new me will be accepted by Him.



Smile in the two- way mirror of my eyes
I put on my faith like I wear a disguise
You can’t see my soul
See the life that I live
Show you the mask of the best I can give
I’ve hid here afraid like a child behind.
Truth of my thoughts that clutter my mind.
What if you knew about all that I do?
Things that I think,
The me that is true.

Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
Afraid the me I’ve tried to hide
Would you closely resemble the truth of you that lies inside?


I’ve been looking for answers since becoming an adult
Not looking for dogma to live like a cult
I’ve been looking to live,
I’ve been living to find
Freedom from cages that limit my mind.


Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
Afraid the me I’ve tried to hide
Would you closely resemble the truth of you that lies inside?


Will I scare you, upset you, frustrate you, irate you?
Challenge a lifestyle or weaken your trust
Or will you see my efforts and my passionate sincerity
Would you see just a little of yourself in me
Will you take off your mask so we can both be free.


Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
Afraid the me I’ve tried to hide
Would you closely resemble the truth of you that lies inside?



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Feb 1, 2010

Semangat!

A lot of challenges need to be face.
But, I will fight until the end.

Semoga dipermudahkan segalanya.

I missed the opportunity, however better opportunities are coming.
Alhamdulilah, thank you Allah.

To Kak Milin,
I'm still having the problem in changing the structure of my program.
GSO sangat banyak ragam sekarang.
Since, there will be no intake for TESL, maybe for the next two semesters if i'm not mistaken.
So, everything regarding TESL is not in the list.
sometimes, I feel like everything is impossible and I'd like to quit.
A lot of things going through my mind.
I'm afraid that Dr. F won't let me do these things and she ends up not to be my advisor.
I always rely on you regarding all these, even though u ask not to feel sorry.
But still, I have that kind of feeling.
Million of thanks k.milin.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jan 25, 2010

Jom bercuti

Pengumuman pengumuman
Siapa-siapa yang ingin bercuti ke genting highlands
marilah, jangan segan-segan beritahu saya.
tawaran sedang hebat
hingga april

sebarang pertanyaan:
nisz_2911@yahoo.com
012-7332082


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jan 18, 2010

Orang Genius Itu Si Da Vinci

As having a beautiful nice weekend, I spent some time visiting the exhibition on Da Vinci.
Sangat best!!
Sangat teruja ok!!
His creation is not only on the Mona Lisa's portrait, but lots more which we actually don't know.
Rupa-rupanya beliau ini lah orang pertama yang memikirkan tentang ilmu penerbangan.

Beliau juga memikirkan tentang konsep fiizik dan prinsip mekanikal, mencipta alatan muzik,optik dan masa.
Ada ditunjukkan, seruling kembar ciptaan beliau, jam yang sangat-sangat unik, piano yang boleh diamainkan sambil berjalan, dram yang tak perlu diketuk (pengetuk-pengetuk bergerak dengan sendiri) dan macam-macam lagi lah.


He's also into anatomy. Tahu tak, beliau dah membedah dan melukis lebih dari 30 badan manusia.
All these has been done in a secret way. Dulu-dulu,pembedahan diharamkan.
His ideas were sketch in notebooks.

Orang genius ni juga mencipta pakaian menyelam. Mula-mula ingat kan pakaian untuk berperang, rupa-rupanya unuk menyelam. Dilengkapi dengan tangki pernafasan yang lucu.
Yang berwarna coklat tu kira macam tangki pernafasan tau. pakaian menyelam ni pulak dibuat dari kulit khinzir.
Nasib baik tak terpegang masa excited tengok2 tu..

Dengan menunjukkan kepandaiannya, beliau telah berjaya mencipta kereta kebal dan juga machine gun. Canggih ye ciptaan beliau ini. Bawah ni kereta kebal macam toilet je kalau sekali pandang.


Last but not least, is the portrait of Mona Lisa.
Tiba-tiba je minah ni terkenal kan, tapi takde siapa pun tahu siapa dia sebenarnya.
But then, there are a lot of people who are interested with her until today.
Lebih kurang 16 tahun, Da Vinci cuba mencantikkan potret ini, sehingga hari kematiannya, potret itu masih tak sempurna di matanya.
Cuba tengok gambar beliau betul-betul.


Ada selendang halus kan..
Sekali tengok memang macam tak perasan.
Bila dah tatap lama-lama, Mona lisa ni macam chubby-chubby sikit kan..

Mari lihat close up muka cik monalisa kita ni..
Kat bahagian mata sebelah kiri ada macam tanda kan..
tu bukan tanda lahir tau, tu sebenarnya, kerosakan masa Napoleon letak gambar ni dalam bilik air.
kesan macam berketak-ketak pada keseluruhan gambar tu dikatakan oleh sebab wap-wap air dari dalam bilik air.
Pernah juga, gambar ni disimbah dengan asid, dibaling batu.
Tapi masih tetap cantik hingga kini kan..

Cuba cari, mana kening dan bulu mata mona lisa ni??
Macam pelikkan bila takde bulu mata.
Sebenarnya ada, tapi bila varnishnya hilang so, tak nampak lah bulu maa serta kening.
Tapi kenapa yang hilang cuma bulu mata dan kening je??
Confius jugak la memikirkannya.

But then, this exhibition is really exciting.
Nak syorkan kawan-kawan sini, tapi dah tamat tempoh penayangan lah..


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jan 14, 2010

Kembali

It has been so long since i updated this blog last time.
Quite busy?? a lil bit busy la.
So, it doesn't matter if i rambling all over like crazy, right?

blogger-emoticon.blogspot.com
I'm on my way to settle down the changing of my structure program.
I won't be in the thesis anymore. so, bye2 mr thesis. I do love u but i have to let u go.
Even though it's quite late to do these changes, yes there are a lot of changes, I decided not to stay in.
I am not what I am when I do all these things.
Lucky me, I still have a choice instead of quitting my study.

Next, I get to do the most thing that I really love.
Wah, teaching again.
Almost half a year, I haven't been teaching anyone,but now I have my own student.
Baru sorang je. But it doesn't matter. Janji lepas merindu mengajar.

Ada orang tanya hari tu, kenapa tak posting??
Tak suka mengajar ke??
Or are u a chicken??

Chicken??Ayam??
Oh, saya bukan pengecut.
I do love teaching.
Really fall in love with teaching.
But, I hate the clerks' works.
Rimas la kerja-kerja pengkeranian ni.
Ada yang tak telus.
There must be pros and cons kan..

Budak-budak sekarang, tak tau nak kata macam mana.
Yang baik tu memang la ramai, tapi yang tak reti bahasa pun ramai juga.
Macam-macam yang dah ditemui, ini baru sikit.

1. Datang jumpa cikgu di bilik guru, dan bagi tau cikgu tu: "cikgu, pengetua nak jumpa".
padahal,tipu2 jek. Cikgu ni pun cepat-cepat lah menggelabah. Yelah, pengetua nak jumpa kan.

2. Perkara biasa, mengorat cikgu. Adakah mereka ini hilang respek dengan cikgu??

3. Membahasakan diri "kau", "aku" dengan cikgu. Haish, mana la sikap hormat mereka ni??

4. Membuat perkara yang tak senonoh dalam kelas masa cikgu tengah mengajar.
Macam2 trick budak-budak ni boleh buat.
Ada yang curi2 duduk bersebelahan dan mengurut antara satu sama lain.
Plus, there's a student who was caught while masturbating. Astaghfirullah..

5. Agaknya dah boring tak melakukan perkara nakal atau dah kekeringan idea, ada pulak yang sanggup mencari kerja.
Batu nisan di tanah perkuburan tu ditukarkan antara satu sama lain. Contohnya, batu nisan A ditukar di kubur B.
Macam mana la waris si mati nak cari kubur.

Enough here. banyak lagi kalau nak share kat sini.
Mari kita sama-sama berdoa, semoga perkara-perkara macam ni tak berlaku lagi

This is why I am here and not going for any posting. I skipped 2 interviews before this.
If I have enough courage and be ready for the responsibility, I'll go back to school. InsyaAllah.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.