Saturday, November 7, 2009

Nenek comel

Dari Ruhayah
Kepada Azizah
Bercerita tentang Fatimah
Diakhiri dengan Maimunah



Nenek ini sangat comel ok. dan dia pandai menyanyi. sedap pulak tu.

*credit to totin yang perkenalkan ini nenek.

Monday, November 2, 2009

Jangan Fikir Remeh

Hal ini, inginku kongsikan bersama kawan2 semua
Indeed, sharing is loving kan
Makanya, demi meluahkan rasa cinta ni
perkongsian ilmu itu perlu, bukan.

Hal ini dipetik
bagi berkongsi sedikit apa yang didapat
juga mengingatkan diri yang sering alpa
moga sedikit sebanyak dpt dimanfaati

Berikut adalah beberapa kesilapan atau kesalahan yang sering kita lakukan dalam ibadat atau amalan agama.

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa. Sayang sangat nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja. Hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya. Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat speaker tu sampai satu kampung dengar. Kadang-kadang sejam atau setengah jam sebelum azan, dah bunyi dah. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur?

Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun baca sorang-sorang dah cukup. Tak payah bagi sekampung dengar. Rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala nanti.

Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran (dengan suara kuat) sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran atau memperlahankan bacaan. Sebab menghormati orang yg sedang tidur itu. Inikan pula sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah. Tak perlulah lama-lama sangat, sampai setengah jam sebelum subuh. 10 minit tu dah kira sempat la orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please nasihatkan pada surau di qariah atau tempat masing-masing.

4. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Ingatlah, itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu. Yakin dengan diri sendiri.

Berkenaan dengan niat pula, niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua. Maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.

Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan selepas daripada itu.

5. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya, itu salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin” , “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin” . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

6. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja). Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan PERUT IBU JARI KAKI, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan, seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Jadi, berjaga-jaga lah ketika melakukan pergerakan dalam solat. Jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.

7. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah-juadah ke rumah jiran. Memang bagus sekali amalan ni. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas tu, itu rezeki lah namanya.

8. Apabila kita bersolat di tempat yang limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya. Sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat. Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la. Sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita yang hanya nak buat perkara-perkara sunat. Lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang camni.

9. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita. Tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan. Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita atau adik beradik kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Gunakanlah duit tu untuk membantu adik beradik atau saudara kita tu. Itulah yg dituntut dalam Islam.

10. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih aula (lebih utama). Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor, ia dibolehkan. Kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi SAW. Tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qada’ maka tak boleh lah.
Sebagai kesimpulan kepada point-point di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat. Utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita menjadi sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.

Sekian, semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Manusia selalu saja sibuk mencari sesuatu yang akan ditinggalkannya. Tetapi mereka tidak pula sibuk untuk menyiapkan bekalan yang bakal dibawa. Renung-renungkanlah

Friday, October 23, 2009

scrutinize my feelings plis..

Listen to the rhythm of the falling rain
Telling me just what a fool I've been
I wish that it would go and let me cry in vain
And let me be a alone again
blogger-emoticon.blogspot.com

Do tell me
I really need to hear
Do make it clear
I'd be staying here
As I can't adore another
When my heart is somewhere

Pssstt..
Am I just a rebound??

Wednesday, September 30, 2009

JKQ tercedera dilanggar

Alkisah permulaannya adalah begini,
malam td tasha dan aku telah setuju utk jemput syu dr lcct.
dalam 8.30 aku gerak dr rumah.
sampai di kolej za'ba, aku berenti btol2 dpn blok untuk jemput tasha yg sedia ada menunggu kt depan blok tu.
di depan keta aku, ada sebijik keta waja yg berhenti untuk menurunkan kwn2 nya.
semasa nk tnggu tasha sampai, (tasha hanya beberapa cm jaraknya dr pintu keta)
keta depan bergerak gostan ke belakang dgn lajunya.
aku yg tersedar terus meng'hon', tapi nmpknya keta waja itu still tidak memberi respon utk berhenti.
dengan secepat kilatnya aku terus menolak gear ke tahap reverse.
belum sempat nak turunkan handbrake, terus aku dgr bunyi 'gedegang'
wahh, aku dgr mcm 2 kali terhentak, aku pon terbergegar..

Kaki lutut ku menggeletar memainkan rentak lagu 'ayo tatayo mak balik bawak sayur secara remix'
apa dah jadi ni. bila turun dan aku mendapati bumper depan dah kemek ke dalam.
wah, ada crack lg di sekitar bhgn lampu. mujur, nasib lampu sedikit baik dan x pecah.
aku dtg kepada budak tu tanpa mengeluarkan apa2 ayat.
oh ye, mari aku kenalkan kamu semua kepada si pelanggar.
student wanita tahun 3, memakai kaca mata, berambut lurus yg kelihatannya seperti disanggul, asyik membetulkan bajunya yg kelihatan seperti sweater (barangkali cuba melindungi bdnnya yg diliputi baju sempit di dalam, atau mngkin cuba mengelak daripada sejuk), memegang gugusan kunci yg sangat bnyak. bercakap dgn intonasi yg agak kerek.

aku x kata apa2 lagi, dia dah kata "saya x rasa saya yg salah"
eh, aku x rasa pon aku tanya tentang perasaan dia atau pon apakah rasanya setelah kami belanggar.

aku: awak nmpk x keta sy kt blkg?
pelanggar: nmpk, tp patutnya awak ke belakang, sbb nmpk sy nk reverse.
aku: sy nmpk awk reverse laju, dh terlalu dekat.sy sempat tarik gear reverse jek. x sempat lagi tarik handbrake.
pelanggar:tapi patutnya awk pon reverse sama, sy pasang lampu reverse.
aku: ye, tp sy x sempat nk reverse awk dh langgar. sy hon.
pelanggar: sy x dgr bunyi hon. dgr bila dh berlanggar jek. (
aku: awk ni ada rushing nk g mana2 ke?
pelanggar: x, sy cuma nk blk umh jek..
aku: ok(aku hnya nk make sure dia x rushing, klu rushing, mmg aku assume dia nk cepat & x sempat tgk blkg)

atas nasihat tasha, dia bersetuju utk tanggung kos gnti rugi separuh.
(ini kejadian pertama aku belanggar dgn org, aku x tau yg sebenarnya klu org yg langgar tu, dia kena tanggung semuanya)
alahai, apa la aku x terpikir itu sume.

selepas call, apit, aku mintak si pelanggar tnggu sebentar.
wahh,nk tau apa reaksinya??

aku: tnggu kejap bole, tngguadik sy dtg. dia owner sbnr.dia pon nk tgk keadaan keta u.
pelanggar: xbole.. sy nk blk ni. sy rushing nk blk. mak sy nak g kelantan malam ni
aku : eh, td awk kata x rushing nak ke mana2 masa sy tanya td. skang rushing lak. ape kes ni?
pelanggar: sy x rushing, cuma nak balik jek.
aku: klu x rushing, tnggu la kejap. umh sy bkn jauh pon.
pelanggar: tp sy nk cepat (budak ni tau x erti rush & nak cepat)
aku: kejap kata x rushing, skang rushing pulak, mana 1 ni..bukan suh tnggu lama pon.kejap jek
pelanggar: ok lah

selepas lbh kurang 10minit. amar dtg. dia dikirim oleh apit utk melihat situasi ini.

amar: apa dh jd ni?
aku: tgk la, keta ni.rupe dpn ni cmne.
amar: ish, syapiq baru tuka je kak bumper dpn ni.
aku: tula pasal.

kitorg bersemuka dgn pihak pelanggar. sambil menunggu adikku smpi. setelah dia smpi. si pelanggar masih lg dgn gaya nya yg kerek dan x mngaku bersalah lgsg, apatah lagi kata maaf.

dialognya sama sahaja. dia dibantu seorg lelaki tnggi yg dalam situasi ini seperti hero.
si pelanggar pada mulanya setuju utk mmbyar separuh shj.
bumper bernilai rm 400, maka dia hanya nk byr 200 shj.
adikku x dpt menerima keputusan tu.

apit: aku pon stdt gak, dh ujung2 sem ni. aku mintak ko byr 300. bnda tu 400. klu half mmg x cukup.
pelanggar: nape aku nk kena byr lebih pulak.aku x salah pon.
apit:aku dh mintak cara baik. tlg la byr 300.
pelanggar: aku nk byr 200 jek. cukup baik nk byr dr x byr lgsg.
apit: ko tgk x masa nk reverse td?
pelanggar: aku tgk, tp aku x nmpk ada keta kt blkg.
(cuba rujuk dialog dia dgn aku di bhgn atas, dia kata dia nmpk keta aku kt blkg. skang dia mendakwa x nmpk pulak, cm cipsmore lak aku rasa diri aku ngn keta. kejap nmpk, kejap xnmpk)

aku: eh, td kamu kata, kamu nmpk, skrg x nmpk pulak.
pelanggar: (diam, mngkin terbelit dgn kata2 sendiri)

apit: apa guna sensor keta ko ni??keta aku mmg la x de sensor.
pelanggar: sensor tu x bunyi. slalu bunyi. klu bunyi aku bentila, xkan nak langgar dia ni kt blkg pulak.
(sensor x sempat membunyi kerana dia laju dan dh langgar keta aku pon)
apit: ko ni kerek sgt la. aku leh je deal baik2 klu ko x kerek cmni.

kan ada sorg dak laki yg diorg pnggil. budak ni aku kenalkan as hero pelanggar la.

hero:yg ko nk marah2 pmpuan ni nape. ok, ktorg byr 300
pelanggar: aku x nk, aku nk byr 200 jek
hero: ko byr je la 200, aku tmbhkan 100
ktorg pon mcm dh setuju.

tapi, tiba2 salah seorg kwn si pelanggar mula berbunyik berdesing. aku gelarkan dia firestone lah

firestone: nape pulak kite yg kena byr byk, diorg byr sikit. (cakap dgn nada perlahan kepada si pelanggar, malangnya, kami mendengar)
pelanggar: xnak, aku xnak duit dia. aku nk byr 200 jek.

beberapa ketika, seorg lelaki smpi. kami mengagak, ini boypren si pelanggar.
dia mintak pihak aku punya versi cerita.
tgh aku cite elok2, si pelanggar ni asik menyampok jek..
menyampah pulak aku..

last2 kata putus dh dicapai.itu pn slps 2 jam berbunyik2.

pihak ktorg yg kena lnggar ni pon terus meninggalkan tmpt kejadian.

aku terus kan perjalanan mengambil syu.

sampai di nilai a.k.a rumah syu, aku cek hp yg asik dimasuki msg. ada satu msg dr si pelanggar yg berbunyi 'bangang persn'
wah2 sesedap rasa memaki aku.
aku lgsung x kuarkan kata2 kesat pada dia, mahupun lepas aku pegi.
walaupun aku x puas hati, tapi kata2 aku masih lagi bertapis.

aku ignore jek msg dia.

maka,ptg ni, kami akan ke bengkel bersama2 utk tgk quotation harga. takut benor kitorg menipu.

Saturday, September 12, 2009

Apa Lelaki Pos Nak Buat??

Wah, di zaman2 canggih cenggini
dengan tibanya musim perayaan
kurang la keja para lelaki pos (agak buruk jika postman dialih bahasa)
Kad2 raya dihantar terus kepada penerima
tanpa perlu bantuan para lelaki pos ini

Eh, perasan x, uniform lelaki2 pos ni dh cantik
mereka nampak semakin segak
berbaju kemeja biru merah
Membuatku x lepas pandang (bukan jatuh hati ye)

Pengirim2 kad raya pulak
x perlu lg menjilat setiap setem
yg hendak dikirim
sampai kering air liur
* bahaya oo jilat setem, jgn jilat lg ye. gunakan gam/air yg disediakan.nanti kena kanser lidah.

Maka, Ema telah mengambil langkah selamat
dengan x perlu jilat setem utk kirimkan kad rayanya.
Terima Kasih.
Selamat Hari Raya.

Cegitu cegini ema suke,
Ema suke k.nisa tak suke,
Esok luse hari raye,
Sama-sama bersuke rie,

Thursday, September 3, 2009

Lampu lip-lap di bilik kecil

Hi kalian
Entri kali ni agak berbau hanyir sedikit ya
Jika tgh makan
sila segera tutup

Pernah x korang mengalami kejadian ni
Bila suatu masa tiba
korang balik dari mana2 perjalanan
dengan perut memulas
dengan ingin mengeluarkan semuanya yg ada dlm perut
sesampainya di rumah
terus tuju je bilik kecik
terus petik suis lampu
terus berada di lubang sedia ada
dan semasa hendak melepaskan milik korang semuanya
tiba2 lampu berkelip2 tanpa henti
meminta ditukarkan starter nya
sehingga berpinar pandangan mata
apa perasaan korg??
Bengang??suka kerana mcm berada dlm disko dgn lampu lip lap??
pastu apa yg akan korg buat??

blogger-emoticon.blogspot.com

Jikalau aku,
pejam mata
dan terus lepaskan hajat..
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, August 31, 2009

Daging Ada ke?

Kawan2 semua, berhati-hati ye bila makan.
Makanan tu mencorakkan kita.
Jangan sampi tertipu dengan peniaga2 zaman skrg.
Yang byk buat auta bila berniaga.
Mati-matian kita percaya itu kedai makan Islam.
Walhal sebenarnya tidak.

Setelah lebh kurang setahun, kami menetap di kajang.
Walaupun penetapan itu hanya kadangkala.
Kami selalu singgah dan makan bersajikan hidangan
kedai yang kami anggap kedai mamak
yang buka sentiasa 24 jam
sama seperti kedai2 lain.
Sebalikya, kedai ini telah diperiksa dan keputusannya
bukanlah kedai mamak.
Tetapi kedai makan milik Hindu sepenuhnya.
Wah, kami tertipu dengan perhiasan ayat Al-Quran dan juga nama Allah.
Wekk, geli tekak.

Makanya, utk memastikan kita semua
Umat Islam supaya tak tertipu lagi.
Bila masuk ke kedai yg didakwa kedai makan mamak Islam
Jangan la terus duduk dan order.
Tapi, jalan2 wat cam survey lauk yg dihidangkan.
Pastu tanya.
'Ane, daging ada?'
kalau dia kata, kambing ada.
Korang tanya lagi ttg daging.
Or, terus direct tanya daging lembu.
kalau still jwb kambing.
Sah lah bukan kedai makan Islam.
Ingat, hindu x makan daging lembu.

Semoga, kita semua berhati2 ye.
Jangan sampai tertipu lg.