Dec 14, 2010

Kenapa tiba-tiba tak nampak apa ni??

Waktu: lepas maghrib
Kejadian : Depan rumah dia tu

Nisa: Assalamualaikum, kunci ke pintu ni?
Dia : Aah kunci
Nisa: Takpelah, takyah susah-susah bukak.
Dia: Ok

Sembang sambil dipisahkan pagar rumah

Nisa: Nanti u fotostat kan sekali untuk I k.
Dia : OK, no problem.
Nisa: I nak gerak dah ni.
Dia: Ok, take care

Bila aku berpaling daripada pagar rumahnya, dan baru nak memulakan langkah, tiba-tiba dunia terasa gelap gelita.
Makkkkk!!!!!!!
Kat mana ni????
Apasal kaki tak cecah bumi ni.
Sakitnya tangan.
Ok, bukak mata dengan segera.

Rupanya, sekelip mata je aku dah duduk dalam longkang depan rumah dia.

Dia: Nisa, u ok tak?
Nisa: tak ok. huhuhu
Dia: Sory2, i lupa nak bagitau, besi tutup longkang tu kena curi.
Nisa: hmmm. takpe, i dah dalam longkang dah ni.

Tak tau la nak cakap.
Kelakar ke sebab satu badan duduk dalam longkang.
Ke nak kesian kat diri sendiri sebab mengalami kelukaan.
Ntah la tak tau.

p/s: terima kasih sebab selamatkan saya dan angkat saya keluar dari lubang longkang tu.

p/s/s: lubang longkang tu tak besar pun. bersaiz empat segi tepat lebih kurang kotak A4 tu. Tapi dalam betul. terkial-kial nak naik


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

2 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

alamak.. tak nampak lubang pulak. maluuuuu...

nisadaud said...

malu telah kuketepikan
sekarang sakit2 badan semua..