Makan jeruk tepi perigi
hai sekalian jiwa selamat pagi
Ceh, berpantun dua kerat sikit.
Nak cerita sikit, kalau atas jalan raya tu mesti ada bunyi hon.
Hah! petang-petang den selalu terkena. Sebab tertido bila trafic light kuar warna merah.
Bila lampu bertukar hijau org hon, menggelabah eden bangun. Tup-tup enjin kereta mati pulak bila kalut-kalut. Bertambahlah hot member tu.
Sebenarnya, hon ni membawa maksud. Mari kita selami maksudnya:
1. 1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”
2. 2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3. 3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
4. 1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
5. 2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH TAKDE OTAK KE”
6. 4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”
Apek jual tilam daa.
Anak kambing menari-nari
Sekian saja untuk ini hari.
If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.
Drama melayu makin best & diminati
20 hours ago
0 comments:
Post a Comment