May 1, 2010

Bila air mata mengalir

Salam berhari buruh semua.
Seronok bila balik kampung hari-hari cuti ni.
Tapi seksa untuk pulang ke kampung tu, haish.

Semalam, keluar ofis awal.
Mimi hantar ke ktm serdang.
Tunggu tren punya la lama.
Hampir sejam.
Orang semakin bertambah ramai.
Macam-macam orang ada.
Yang cerah, yang gelap, yang besar, yang kecik, yang tinggi, yang tak tinggi, semualah ada.

Bila tren sampai semua orang pun berebut nak naik la kan.
Dah lama tunggu, takkan tak naik pulak.
Kerana terlalu ramai orang berasak-asak, pintu tren x kelihatan langsung.
Sedar-sedar dah termasuk dalam tren. Lucky me.
Tapi sakitnya berasak.
Memang dah tak boleh sumbat pun.
Semua orang menjerit, "Jangan tolak, jangan tolak"
Tapi masih berasak-asak lagi.

Bila paling ke belakang.
Oh, bukan orang Malaysia rupanya.
Dan dah kerana sakit sangat ditolak.
Aku terpaksa menjerit, "Do not pull, do not pull"

Tapi diorang masih lagi berasak-asak.
Then, baru realize, pull tu kan tarik.
terus la jerit, "Do not push, do not push" sekuat hati.

Bila pintu tren tutup,
tiba-tiba air mata mengalir turun dengan derasnya.
Eh, tak tau nape tiba-tiba menangis depan khalayak ramai.
Rasa macam kememe lak.
Semua orang Malaysia bantu pujuk-memujuk.
Satu Malaysia.

Inilah pertama kali,
naik tren yang takde inersia langsung.
Sebab semua orang tersangat lah rapat.
Dan merasakan jarak satu stesen tu sangat-sangat jauh.


Alhamdulilah, perjalanan dimudahkan seterusnya.




If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

5 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

alololo.. biase la. walaupun penat tapi semangat nak blek kampung sangat kental!!

miss tochi said...

yer ker nisa ko nangis???

Amelynn said...

Laaaa nape nisa nangis? Tension sgt eh. sib baik ade yg sudi pujuk ..... :)

nisadaud said...

oshinz:: memang kena kental-kentalkan semangat. kalau lah,kelip mata je leh sampai kmpg kan..syok tu.

pocik:: ye cik, bukan aku nak nangis pun, tapi ternangis sendiri..

Amelynn:: tak tau lah, semua rasa pon ada kot.hikhik.

mimie_t said...

Baca ni rs sedih. Tp part push-pull tu tergelak. Kuat2. Sbb kelakar. Hehehe.