Mar 9, 2011

Kita Manusia Biasa

Hai semua!!

Pernah tak kita sedar yang kita semua dulu-dulu masa kecik ialah manusia yang tak pernah kenal erti putus asa? Tak percaya? Let me explain this.

Masa kita baby, kita asyik terbaring je. tengok siling bila buka mata. Sampai satu masa kita rasa boring dah nak tengok siling tu lama-lama kan. Lepas tu kita pun bangun, dan belajar merangkak. Bila dah boring tengok bawah dan depan, and kita rasa nak tinggikan lagi pemandangan kita, kita pun start belajar berjalan. Tapi penah tak kita gagal untuk bangun? Mesti penah kan. Tapi pernah tak kita putus asa untuk tetap berjalan? Tak pernah kan. tetap kita nak berjalan dan akhirnya berjaya berjalan sampai sekarang.

Yes, itu kita dulu. Tapi sekarang? Berapa ramai yang putus asa. Even, I myself have this kind of feeling. Most of the time. Kenapa kita mudah berubah dan kenal erti putus asa tu.

Dulu, masa nak berjalan. Berapa banyak kali kita gagal dan jatuh? Mesti banyak kali kan? Tapi setiap kali kita jatuh, ada tak sesapa marah kita sebab jatuh masa main tatih-tatih tu? Takde kan. Malah, kita diberi semangat untuk terus berjalan. Yes, they encourage us, not punish us. And at last, we manage to walk.

Tapi sekarang, kenapa perlu kita menghukum orang yang gagal malah tak diberi semangat.

Semakin lama, semua perkara jadi terbalik. It turns the other way round.
Jom ingat balik. kita pernah berjaya untuk berjalan walaupun pahit getir harung sendiri. sakit sendiri. tapi tetap berjalan. sampai sekarang. Kenapa tak biarkan diri kita untuk berlari lebih jauh.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

2 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

bile besar, dugaan makin banyak. makin banyak benda nak kena fikir. tu yang kadang-kadang cepat putus asa.

nisadaud said...

yup. mungkin juga. bila besar, lagi besar benda yang datang