Jan 24, 2011

Semut kecik, tapi rajin. Bergerak laju-laju tak padan dengan kaki yang halus. Semut berlari ke berjalan?

Hai semua makhluk tanah. Makhluk tanah? macam pelik jek. Tapi kita semua memang dari tanah kan. Jadinya makhluk tanah lah. Takkan dari tanah nak panggil air pulak.

Semalam curi baca sms dalam hp ayah. Ada sorang kawannya yang hantar mesej nak jumpa. Tempat dah ditetapkan. Tapi ayah macam biasa, sentiasa on time. Tapi kawannya tu lambat sikit. Jadi, nak bagitahu yang dia lambat, sms yang dihantar berbunyi begini:

"U dekat mana. Jalan jem teruk ni. Che ya nun alif mampus. Jalan macam siput babi"


You rocklah pakcik Z. Jom kita jalan sama-sama pegi Maybank yang dekat dengan bus stand tu. (Dia salah bank. Takde Maybank kat bus stand pun. Maybank jauh nun tak nampak dari bus stand pun)

Jam aku semua dah mati. Maksud aku jam tangan, bukan jam dinding, jam hp mahupun jam leptop. Bukan itu semua, tapi hanya jam tangan. Dalam Bahasa Inggerisnya watch. Bukan jenama Swatch tu. Semua dah meninggal dunia tak berfungsi. Tapi aku tetap pakai kat pergelangan tangan. Bila orang tanya waktu pagi, aku jawab pukul 4.13. Bila orang tanya waktu petang, aku pun jawab pukul 4.13. Seronok jugak bila tahu masa tak bergerak.

Eh, korang makhluk tanah, semut tu berjalan ke berlari? Apasal nampak macam berlari pun ada.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

2 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

semut berjalan kot. kalo berlari nanti die tersadung-sadung.

nisadaud said...

haha. ok macam kelakar kalau semut tu tersadung ye