Apr 7, 2011

Tutorial Membuka Tombol Pintu Rosak

Hai Ho Semua..

Hari ni mari kita belajar cara-cara macam mana nak buka tombol pintu yang rosak. Walau nampak macam remehkan, tapi kita tak tau bila tombol pintu nak rosak. kalau terkurung? lagi haru lah. takkan nak pecahkan pintu kot, mahal tuh nak cari pintu ganti.

Sebenarnya, benda ni dah terjadi kat diri sendiri. hehe. memang payahlah. pintu dapur tu yang rosak. dahlah nak masak, nak sidai baju pun payah. semua tu kat bahagian luar. almaklumlah rumah den ni kocik je, bila rosak semua tu kat luar. perut dah lapar, nak masak pun tak boleh. Jadi, jangan ingat orang perempuan pun tak leh jadi locksmith sementara yang berjaya tau.

Bila door knob ni rosak, pulas arah mana2 pun still pintu tak terbuka. Perut semakin lapar, jadi takkan nak biarkan perut menderita kerana tombol pintu. ye tak.

Jadi, mari kita buka tombol pintu ni. Mula-mula belek-belek la tombol pintu tu. Cari lubang kecik kat batang tombol. Mesti ada. Kalau takde, maknanya tombol tu tak berdaftar kat persatuan tombol pintu la kot.
















Nampak tak lubang tu dalam bulatan merah? Ha, apa lagi, amek lah screwdriver ke apa ke yang boleh muat ke dalam lubang tu, pastu cocok kan ia ke situ. Sambil tu pulas tombol pintu sampai boleh ditarik.
















Bila dah tarik, tombol belah dalam ni terpisah. jadi boleh la tarik yang belah luar tu. Tarik la sekuat hati, kalau dia degil tak nak keluar gak. Saya gunakan tenaga adik saya saja. Senang, mudah dan cepat. Jeng jeng jeng, pastu dah boleh buka pintu tu.

Mula-mula memang agak payah la sebab tak tau. terima kasih pada encik w yang tunjukkan caranya. Kalau tak habis saya musnahkan tombol pintu tu dengan menggunakan hammer.

Sekian, mari menikmati kejayaan ini dengan dua ketul ayam crispy.





If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

8 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

EHEM!!! en. w???!! buah hati ke pengarang jantung?

elywana said...

X boleh pun. Hu3... Rs nk pengsan mcuba ;'(

nisadaud said...

oshin: seorang teman

elywana: mesti boleh, masa cucuk2 tu pulas2 kan tombol pintu sampai dia terkeluar. chayok2

fuaf said...

tq,,,berjaya pon bkak

Anonymous said...

Fuhhhhh.....boleh pn. Terima kasih atas maklumat yang dikongsi ni

Anonymous said...

Terima kasih. Fuhhhhhh... Berjaya dibuka

wan athirah said...

terima kasih :D

JaM sAtu PAGi said...

terima kasih banyak2