Sep 25, 2012

Virgin Coconut Oil

Hai semua, saya nak buat come back sejak lama menyepi, almaklumlah busy sampai tak tertengok blog ni..




ok, first thing forst, let me introduce you to virgin coconut oil (VCo) or minyak kelapa dara. Saya baru je ambil ni sebelum bulan puasa aritu.. and..it works..

Saya sangat berpuas hati sebab rambut saya yang sekian lamanya sikit dah bertambah banyak sejak 2 bulan makan VCO.

Yang buatkan bertambah puas hati ialah kulit makin cantik. Ramai yang menegur, alhamdulilah.

Ia juga membantu saya untuk tak berasa penat, sebab selalu kelas sampai petang malam, tapi bila balik rumah tak rasa penat sangat macam dulu. Masih boleh spend masa untuk pergi ke mana-mana yang saya suka, Tak pun boleh sambung buat kerja sikit kat rumah. And this makes me really enjoying my life.

Saya consume benda ni sebab nak cuba try. Tapi kesannya amat membantu saya.



Saya dengan ini dengan rasminya ingin memaklumkan saya adalah agen catalyst. (Macam menteri pulak)

Jadi, jika ada sesiapa yang berminat bolehlah roger2 saya ya!!!

Email: nisadaud@gmail.com
Tel no.: 012-7332082

Nanti, kita sambung lagi di lain tentang apa tu VCO

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Apr 29, 2012

Wrong target

I am not the one who always take advantage of other people.
Yet, somebody did it to me.

I am not the one who always cheat other people.
Yet, somebody did it to me.

I am not the one who always go against the rule.
But somehow, I did it.

I am not perfect.
Please teach, advice me, instead.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

May 14, 2011

Kek Brownies Keju Kukus


Hello kawan-kawan,
selamat menjamu selera mata ye.

Hari tu buat lah kek ni sebab barang dah ada. tinggal beli yang sikit-sikit je. Buat pun senang je. Rasanya pun sedap. Apa lagi, try lah buat.

Bahan Kek

Bahan A (diayak bersama)
130g tepung gandum
50g serbuk koko
½ st serbuk penaik

200g gula kastor
170g minyak masak
120g coklat masakan-dicincang
50g susu manis
10g ovalette
5 biji telur
½ st emulco coklat
½st esen vanilla

Bahan Kek Keju

500g krim keju
130g gula kastor
4 biji telur

Cara:

1. Sediakan pengukus; jerang air

2. Masak coklat masakan secara double boiler. Apabila cair masukkan minyak masak dan digaul sebati. Sejukkan.

3. Satukan telur, gula kastor, ovalette-pukul hingga kembang selama 10 minit.

4. Masukkan bahan (A) sikit2 sambil kacau selang seli dengan adunan coklat.

5. Masukkan susu, emulco coklat, esen vanilla. Gaul hingga sebati.

6. Tuang adunan dalam acuan. Kukus 20 minit hingga masak.

7. Kek keju: pukul krim keju & gula kastor hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.

8. Tuang adunan atas kek coklat yang sudah masak tadi. Kukus 30 minit. Guna api besar.

Tada.. dah siap. Oh ye, adunan ni banyak, untuk loyang saya yang kecik saya dapat dua adunan. jadi selamat mencuba.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Apr 7, 2011

Tutorial Membuka Tombol Pintu Rosak

Hai Ho Semua..

Hari ni mari kita belajar cara-cara macam mana nak buka tombol pintu yang rosak. Walau nampak macam remehkan, tapi kita tak tau bila tombol pintu nak rosak. kalau terkurung? lagi haru lah. takkan nak pecahkan pintu kot, mahal tuh nak cari pintu ganti.

Sebenarnya, benda ni dah terjadi kat diri sendiri. hehe. memang payahlah. pintu dapur tu yang rosak. dahlah nak masak, nak sidai baju pun payah. semua tu kat bahagian luar. almaklumlah rumah den ni kocik je, bila rosak semua tu kat luar. perut dah lapar, nak masak pun tak boleh. Jadi, jangan ingat orang perempuan pun tak leh jadi locksmith sementara yang berjaya tau.

Bila door knob ni rosak, pulas arah mana2 pun still pintu tak terbuka. Perut semakin lapar, jadi takkan nak biarkan perut menderita kerana tombol pintu. ye tak.

Jadi, mari kita buka tombol pintu ni. Mula-mula belek-belek la tombol pintu tu. Cari lubang kecik kat batang tombol. Mesti ada. Kalau takde, maknanya tombol tu tak berdaftar kat persatuan tombol pintu la kot.
















Nampak tak lubang tu dalam bulatan merah? Ha, apa lagi, amek lah screwdriver ke apa ke yang boleh muat ke dalam lubang tu, pastu cocok kan ia ke situ. Sambil tu pulas tombol pintu sampai boleh ditarik.
















Bila dah tarik, tombol belah dalam ni terpisah. jadi boleh la tarik yang belah luar tu. Tarik la sekuat hati, kalau dia degil tak nak keluar gak. Saya gunakan tenaga adik saya saja. Senang, mudah dan cepat. Jeng jeng jeng, pastu dah boleh buka pintu tu.

Mula-mula memang agak payah la sebab tak tau. terima kasih pada encik w yang tunjukkan caranya. Kalau tak habis saya musnahkan tombol pintu tu dengan menggunakan hammer.

Sekian, mari menikmati kejayaan ini dengan dua ketul ayam crispy.





If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Mar 9, 2011

Kita Manusia Biasa

Hai semua!!

Pernah tak kita sedar yang kita semua dulu-dulu masa kecik ialah manusia yang tak pernah kenal erti putus asa? Tak percaya? Let me explain this.

Masa kita baby, kita asyik terbaring je. tengok siling bila buka mata. Sampai satu masa kita rasa boring dah nak tengok siling tu lama-lama kan. Lepas tu kita pun bangun, dan belajar merangkak. Bila dah boring tengok bawah dan depan, and kita rasa nak tinggikan lagi pemandangan kita, kita pun start belajar berjalan. Tapi penah tak kita gagal untuk bangun? Mesti penah kan. Tapi pernah tak kita putus asa untuk tetap berjalan? Tak pernah kan. tetap kita nak berjalan dan akhirnya berjaya berjalan sampai sekarang.

Yes, itu kita dulu. Tapi sekarang? Berapa ramai yang putus asa. Even, I myself have this kind of feeling. Most of the time. Kenapa kita mudah berubah dan kenal erti putus asa tu.

Dulu, masa nak berjalan. Berapa banyak kali kita gagal dan jatuh? Mesti banyak kali kan? Tapi setiap kali kita jatuh, ada tak sesapa marah kita sebab jatuh masa main tatih-tatih tu? Takde kan. Malah, kita diberi semangat untuk terus berjalan. Yes, they encourage us, not punish us. And at last, we manage to walk.

Tapi sekarang, kenapa perlu kita menghukum orang yang gagal malah tak diberi semangat.

Semakin lama, semua perkara jadi terbalik. It turns the other way round.
Jom ingat balik. kita pernah berjaya untuk berjalan walaupun pahit getir harung sendiri. sakit sendiri. tapi tetap berjalan. sampai sekarang. Kenapa tak biarkan diri kita untuk berlari lebih jauh.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jan 24, 2011

Semut kecik, tapi rajin. Bergerak laju-laju tak padan dengan kaki yang halus. Semut berlari ke berjalan?

Hai semua makhluk tanah. Makhluk tanah? macam pelik jek. Tapi kita semua memang dari tanah kan. Jadinya makhluk tanah lah. Takkan dari tanah nak panggil air pulak.

Semalam curi baca sms dalam hp ayah. Ada sorang kawannya yang hantar mesej nak jumpa. Tempat dah ditetapkan. Tapi ayah macam biasa, sentiasa on time. Tapi kawannya tu lambat sikit. Jadi, nak bagitahu yang dia lambat, sms yang dihantar berbunyi begini:

"U dekat mana. Jalan jem teruk ni. Che ya nun alif mampus. Jalan macam siput babi"


You rocklah pakcik Z. Jom kita jalan sama-sama pegi Maybank yang dekat dengan bus stand tu. (Dia salah bank. Takde Maybank kat bus stand pun. Maybank jauh nun tak nampak dari bus stand pun)

Jam aku semua dah mati. Maksud aku jam tangan, bukan jam dinding, jam hp mahupun jam leptop. Bukan itu semua, tapi hanya jam tangan. Dalam Bahasa Inggerisnya watch. Bukan jenama Swatch tu. Semua dah meninggal dunia tak berfungsi. Tapi aku tetap pakai kat pergelangan tangan. Bila orang tanya waktu pagi, aku jawab pukul 4.13. Bila orang tanya waktu petang, aku pun jawab pukul 4.13. Seronok jugak bila tahu masa tak bergerak.

Eh, korang makhluk tanah, semut tu berjalan ke berlari? Apasal nampak macam berlari pun ada.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jan 10, 2011

Empty Hearted

Bilamana
Semua rasa telah hilang
Tercari-cari ke mana menghilang
Rasa kosong

Cuba ke kanan tak kena
Bila ke kiri kurang selesa
Berundur ke belakang masih tiada apa
Ditolak ke depan masih statik

Haishh




If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Dec 20, 2010

Hati mengecil


EH
Hati saya
Dia telah menjadi kecil
Sebab terguris
Nasib baik tak terkoyak

Saya nak awak jahit
Tak kira macam mana awak nak jahit
Tetap nak awak yang cantumkan balik
Kalau tak gantikan dengan yang baru














If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Dec 14, 2010

Kenapa tiba-tiba tak nampak apa ni??

Waktu: lepas maghrib
Kejadian : Depan rumah dia tu

Nisa: Assalamualaikum, kunci ke pintu ni?
Dia : Aah kunci
Nisa: Takpelah, takyah susah-susah bukak.
Dia: Ok

Sembang sambil dipisahkan pagar rumah

Nisa: Nanti u fotostat kan sekali untuk I k.
Dia : OK, no problem.
Nisa: I nak gerak dah ni.
Dia: Ok, take care

Bila aku berpaling daripada pagar rumahnya, dan baru nak memulakan langkah, tiba-tiba dunia terasa gelap gelita.
Makkkkk!!!!!!!
Kat mana ni????
Apasal kaki tak cecah bumi ni.
Sakitnya tangan.
Ok, bukak mata dengan segera.

Rupanya, sekelip mata je aku dah duduk dalam longkang depan rumah dia.

Dia: Nisa, u ok tak?
Nisa: tak ok. huhuhu
Dia: Sory2, i lupa nak bagitau, besi tutup longkang tu kena curi.
Nisa: hmmm. takpe, i dah dalam longkang dah ni.

Tak tau la nak cakap.
Kelakar ke sebab satu badan duduk dalam longkang.
Ke nak kesian kat diri sendiri sebab mengalami kelukaan.
Ntah la tak tau.

p/s: terima kasih sebab selamatkan saya dan angkat saya keluar dari lubang longkang tu.

p/s/s: lubang longkang tu tak besar pun. bersaiz empat segi tepat lebih kurang kotak A4 tu. Tapi dalam betul. terkial-kial nak naik


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Nov 11, 2010

Wishes went away

Salam,

masih ingat post tentang rakan saya, Mohd Najib Ramli ?

Beliau dah tinggalkan kami semua dan kembali padaNya.

Allah sangat sayangkan beliau.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Amin.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Nov 2, 2010

Apa hon hon?

Makan jeruk tepi perigi
hai sekalian jiwa selamat pagi

Ceh, berpantun dua kerat sikit.

Nak cerita sikit, kalau atas jalan raya tu mesti ada bunyi hon.

Hah! petang-petang den selalu terkena. Sebab tertido bila trafic light kuar warna merah.
Bila lampu bertukar hijau org hon, menggelabah eden bangun. Tup-tup enjin kereta mati pulak bila kalut-kalut. Bertambahlah hot member tu.

Sebenarnya, hon ni membawa maksud. Mari kita selami maksudnya:

1. 1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”

2. 2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3. 3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

4. 1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

5. 2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH TAKDE OTAK KE”

6. 4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”
Apek jual tilam daa.


Anak kambing menari-nari
Sekian saja untuk ini hari.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Oct 18, 2010

Kenapa batal wuuduk?

Situasi:
Perbualan Si abang dan adik perempuan.

Si adik baru selesai berwuduk.

Si abang menyibukkan diri berjalan.

Keduanya berlanggar.

Si adik: Weh, terkejut aku

Si abang: Eh, kalau aku langgar ko pastu tersentuh tak batal wuduk kan?

Si adik: Mestilah tak

Si abang: Kenapa ah? Sebab kita adik beradik kan?

Si adik: Yelah, sebab muhrim

Si abang: Abes tu kalau suami isteri kenapa batal pulak?

Si adik: Ko gila ke? Memang lah. Nanti ko malas nak wuduk!

Logik juga jawapan tu kan?

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 3, 2010

Do eyes have tank?

Hi all,

"How are you?"
"Have you taken your breakfast/lunch?"

I always want to ask these questions when entering the class. Always. But when the time I enter the class, I always forgot to ask these questions. There are a lot of things that I wanted to share with my students before I come to the class, yet I always forgot to tell them. Am I losing my memory or what? Banyak makan semut ni.

Today, my problem with this short term memory becomes worst. I forgot to bring the radio (I need to teach listening). Worse comes to worst, I have to change the activity. I gave them question, and they need to tell me why.

These are some questions and answers given by them and my responses are in the bracket.

1. Why people wave their hands when they say goodbye?
Answers:
a. It looks nice if you use hands to wave instead of using leg, nose, eyes, ears, head. (logic and I accept the answers)
b. When we say goodbye, it is the feeling from our heart. So the nearest part is our hand. The leg is too far to accept the transmission of the feeling. (I accept and I just realize that feelings can be transmitted to our body parts)

2. Why we must write letters from left to right?
Answers:
a. So that our hands won't get dirty if we use wet pen and write from right to left. (wet pen=pen basah)
b. Miss, why the clock goes clockwise? (ok, I admit I dont know the answer. Anybody can explain why?)

3. Why our eyes shed tears when we cry?
Answers:
a. If there is no tears, our eyes will dry. We will blind. (Is it true?)
b. When we feel sad, the tank in our eyes will full. That is why we shed tears. (I just knew that our eyes have tanks)
c. Yes, we have tanks in our eyes and because of that, our eyes can produce water. (Ok class, after this we can drink our tears when we are thirsty.)

Air mata itu masin. Pernah rasa?

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 1, 2010

Somebody to Love

Somebody, Somebody
Can anybody find me somebody to love?

Got no feel, I got no rhythm
I just keep losing my beat
I'm ok, I'm alright
I ain't gonna face no defeat
I just gotta get out of this prison cell
Someday I'm gonna be free!!



P/s: I think I mean it.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 31, 2010

Parenting Skill

Hi sekalian makhluk yang hebat,
Mari tambahkan lagi kehebatan diri kita bersama.

Semua orang nak jadi hebat.
Tapi tak tau caranya.

Semua orang nak berkahwin, ada anak.
Kan memang itu yang diidamkan.

Tapi bila ada anak, boleh ke didik anak tu menjadi hebat.

Yang masih single tu, mungkin kamu sebenarnya belum ready untuk ada pasangan.
Kena perbaiki diri sendiri.

Macam saya lah.
Saya belum cukup sempurna untuk ada pasangan lagi.
Sebab tu masih tak kahwin lagi.

Bagi yang dah mendirikan rumah tangga tu,
dan masih belum ada rezeki untuk menambah bilangan ahli keluarga,
mesti ada hikmahnya.
Mungkin sebab belum selayaknya jadi ibu ayah.

Mendidik tu bukan lah perkara yang senang.
Pengaruh besar kepada anak-anak ialah ibu ayah.

Kebelakangan ni, tiap-tiap minggu menonton rancangan "Nanny 911"
Ibu bapa yang takde skill nak jaga anak,
mesti alami macam-macam masalah.

Ayah dan ibu kena bekerjasama.
Kalau nak bergurau pun biarlah hormat antara satu sama lain.
Dalam satu episod,
Ayah didik anak-anak untuk asyik kenakan si ibu jek
Satu keluarga gelarkan ibu dia "Michelle the Geek"
Bila si ibu marahkan anak yang bermain api,
Si ayah pula kata, "I'm very proud of u. U can put up the fire without anyone's help"
Si ibu terus-terusan marah, tapi si ayah memuji-muji.
Peninglah si anak.
Bila Si anak berjaya buka pintu yang terkunci menggunakan pisau,
Bertambah banggalah si ayah.
Si ibu pula terpaksa marah.
Macam mana ni..
Alasan si Ayah- "I want my kids learn through the hard way, as long as they are not bleeding"
Ada ke pulak macam tu.

Dalam episod yang lain pulak, keluarga yang lain,
anak-anak takutkan ayah, tapi tak takutkan ibu.
Bila si ibu pegang si anak, si anak bertindak kasar dengan meludah, menggigit dan memukul si ibu.
Reaksi si ibu pula, "Don't spit on me" , "Don't Bite me"
Tapi si anak menjawa, "I will if I have to"
Kalau saya lah, nak je dicubit-cubit budak tu.

Pengajarannya, nak jadi ibu ayah, kenalah bersedia.
Anak anugerah Allah yang tak ternilai.
Jangan sia-siakan.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 4, 2010

Disukai atau tak disukai??

Salam luar biasa semua.
Pernah terasa diri sendiri tak disukai oleh orang atau pun rasa semua orang tu senang dengan kita?
Mestilah pernah kan..
Janganlah susah hati kalau kita tak disukai orang dan janganlah terlalu suka kalau diri kita disukai orang. Sama ada kita sedar atau pun tak, pasti kita akan berada dalam situasi sama ada orang suka akan kita atau tak disukai.

Ada orang kat luar sana tu memang pelik. Dia tak suka dengan kita, kita pun tak tahu sebabnya. Ada tu pulak suka sangat dengan kita, kita pun tak tahu sebabnya. Ada tak?? Mesti ada. Mana pulak boleh tak ada. selagi kita hidup bermasyarakat, memang kita tak akan dapat lari daripada disukai atau pun dibenci.

Kawan-kawan, jangan sakit hati sangat kalau dapat tahu diri kita tak disukai . Kalau kita baik dan kita tahu diri kita memang baik, orang yang tak menyukai kita tu lah orang yang tak berapa baik. Jangan susah hati sangat. Tapi kalau kita ni rasa takdelah berapa baik dan ada pulak orang tak suka kita, orang tu pasti baik. Jadi, kita jadikan itu sebagai kayu pengukur untuk berubah menjadi lebih baik. Kan baik tu..

Sebenarnya, walau macam mana pun, kita akan jumpa dengan orang yang suka dengan kita dan yang tak suka dengan kita. Kita pun tak tahu sebab-musababnya. Tahu-tahu dapat sms kata, "Dahlah, muka macam siamang, engkau ingat engkau cantik sangat". Tak pun "Budget hensem, ingat semua orang suka ke. Dahla suka korek hidung membabi buta". Tak pasal-pasal kan, kadang-kadang kita tak kenal siapa orang tu.

Kadang-kadang pulak kita boleh dapat sms dengan kata-kata, "Dalam dunia ni tak ada orang lain yang saya sayang selain awak," Tak pun "Awak ni baik, comel pulak tu, susahlah nak lupakan awak." Eh, tak pasal-pasal pulak kan.

Pernah tak?

Sama ada pernah atau tidak, kita kena ingat hakikat ni. Memang ada orang benci kita tak kira sebaik mana pun kita. Dan ada orang yang akan suka kita tak kira sejahat mana pun kita ni. Pasti ada, sama ada nampak atau tak, tahu atau tak, itu yang membezakan. Pokoknya ada.

Macam kita tengok artislah, kan ada yang kita suka sangat-sangat. Entah kenapa kita suka sangat, sejak awal-awal lagi kita dah suka dia. Dia tak tahu, tak kenal pun kita, tapi kita suka sangat. Kalau dia punya konsert, kita mesti pergi. Kalau dia keluar album, mesti kita beli. Bagi kita sedap sangat. Kena sangat apa saja yang dibuat artis tu. Orang lain tengok macam nak muntah, tapi kita mabuk gila.

Tapi ada juga artis yang kita benci bukan main. Bukan artis tu pernah kata tak senonoh kat kita, tapi kita punya benci, masyaAllah..

Jadi kawan-kawan, jangan susah hati sangat kalau ada orang yang macam tu terhadap kita, sama ada benci atau suka, kita buat selamba mak enon jekk. Kalau orang puja kita sangat, ingat saat orang akan keji kita sangat, kita taklah riak semacam jek kan. Kalau ada orang keji kita sangat, ingat saat orang puja kita sangat, takdelah rasa hina sangat. Kan..

Sekian motivasi hari ahad..

P/s: berhenti tepi jalan ingat kan orang jual durian, rupanya orang carik cacing nak memancing..patutlah tak nampak durian ingatkan sebab hujan tak nampak durian. Dan dengan selamba tanya "Bang, cepatnya durian habis??" dan brother tu jawab, "Durian takde, cacing banyaklah, nak ke??"

P/s/s: harap-harap dia lupa raut wajah ku ini..

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 2, 2010

It's Not The Same

I've tried hard and harder
But still there's
Nothing can replace you
It won't be the same


Nothing's quite the same now
I just say your name now

But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't want me back
You're just the best I ever had


It feels awkward
But, I'll try to move on.

Keep going on Nisa.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 29, 2010

Bestfriend forever!!

Semoga bahagia selamanya dunia dan akhirat.
Matden dan Chotek.
Selamanya berkawan baik lah kamu berdua.

Too happy for both of you.














p/s: Tips chotek, nak cari suami, carilah bestfriend dulu..



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 17, 2010

Award
















Thanks Adik Ema.
Beauty lies in the eye of the beholder.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 10, 2010

Dajjal sudah wujud?

" Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedut perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari
Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh Nabi Isa as). wallahu al'am..

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan ideologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mendakwa bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan
kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan

wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.

Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cubaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."

http://www.saibaba.ws/


Sumber

p/s: saya tak faham apa itu NTT. Mungkin Nusa Tenggara Timur. kot..


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.