May 14, 2011

Kek Brownies Keju Kukus


Hello kawan-kawan,
selamat menjamu selera mata ye.

Hari tu buat lah kek ni sebab barang dah ada. tinggal beli yang sikit-sikit je. Buat pun senang je. Rasanya pun sedap. Apa lagi, try lah buat.

Bahan Kek

Bahan A (diayak bersama)
130g tepung gandum
50g serbuk koko
½ st serbuk penaik

200g gula kastor
170g minyak masak
120g coklat masakan-dicincang
50g susu manis
10g ovalette
5 biji telur
½ st emulco coklat
½st esen vanilla

Bahan Kek Keju

500g krim keju
130g gula kastor
4 biji telur

Cara:

1. Sediakan pengukus; jerang air

2. Masak coklat masakan secara double boiler. Apabila cair masukkan minyak masak dan digaul sebati. Sejukkan.

3. Satukan telur, gula kastor, ovalette-pukul hingga kembang selama 10 minit.

4. Masukkan bahan (A) sikit2 sambil kacau selang seli dengan adunan coklat.

5. Masukkan susu, emulco coklat, esen vanilla. Gaul hingga sebati.

6. Tuang adunan dalam acuan. Kukus 20 minit hingga masak.

7. Kek keju: pukul krim keju & gula kastor hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.

8. Tuang adunan atas kek coklat yang sudah masak tadi. Kukus 30 minit. Guna api besar.

Tada.. dah siap. Oh ye, adunan ni banyak, untuk loyang saya yang kecik saya dapat dua adunan. jadi selamat mencuba.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Apr 7, 2011

Tutorial Membuka Tombol Pintu Rosak

Hai Ho Semua..

Hari ni mari kita belajar cara-cara macam mana nak buka tombol pintu yang rosak. Walau nampak macam remehkan, tapi kita tak tau bila tombol pintu nak rosak. kalau terkurung? lagi haru lah. takkan nak pecahkan pintu kot, mahal tuh nak cari pintu ganti.

Sebenarnya, benda ni dah terjadi kat diri sendiri. hehe. memang payahlah. pintu dapur tu yang rosak. dahlah nak masak, nak sidai baju pun payah. semua tu kat bahagian luar. almaklumlah rumah den ni kocik je, bila rosak semua tu kat luar. perut dah lapar, nak masak pun tak boleh. Jadi, jangan ingat orang perempuan pun tak leh jadi locksmith sementara yang berjaya tau.

Bila door knob ni rosak, pulas arah mana2 pun still pintu tak terbuka. Perut semakin lapar, jadi takkan nak biarkan perut menderita kerana tombol pintu. ye tak.

Jadi, mari kita buka tombol pintu ni. Mula-mula belek-belek la tombol pintu tu. Cari lubang kecik kat batang tombol. Mesti ada. Kalau takde, maknanya tombol tu tak berdaftar kat persatuan tombol pintu la kot.
















Nampak tak lubang tu dalam bulatan merah? Ha, apa lagi, amek lah screwdriver ke apa ke yang boleh muat ke dalam lubang tu, pastu cocok kan ia ke situ. Sambil tu pulas tombol pintu sampai boleh ditarik.
















Bila dah tarik, tombol belah dalam ni terpisah. jadi boleh la tarik yang belah luar tu. Tarik la sekuat hati, kalau dia degil tak nak keluar gak. Saya gunakan tenaga adik saya saja. Senang, mudah dan cepat. Jeng jeng jeng, pastu dah boleh buka pintu tu.

Mula-mula memang agak payah la sebab tak tau. terima kasih pada encik w yang tunjukkan caranya. Kalau tak habis saya musnahkan tombol pintu tu dengan menggunakan hammer.

Sekian, mari menikmati kejayaan ini dengan dua ketul ayam crispy.





If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Mar 9, 2011

Kita Manusia Biasa

Hai semua!!

Pernah tak kita sedar yang kita semua dulu-dulu masa kecik ialah manusia yang tak pernah kenal erti putus asa? Tak percaya? Let me explain this.

Masa kita baby, kita asyik terbaring je. tengok siling bila buka mata. Sampai satu masa kita rasa boring dah nak tengok siling tu lama-lama kan. Lepas tu kita pun bangun, dan belajar merangkak. Bila dah boring tengok bawah dan depan, and kita rasa nak tinggikan lagi pemandangan kita, kita pun start belajar berjalan. Tapi penah tak kita gagal untuk bangun? Mesti penah kan. Tapi pernah tak kita putus asa untuk tetap berjalan? Tak pernah kan. tetap kita nak berjalan dan akhirnya berjaya berjalan sampai sekarang.

Yes, itu kita dulu. Tapi sekarang? Berapa ramai yang putus asa. Even, I myself have this kind of feeling. Most of the time. Kenapa kita mudah berubah dan kenal erti putus asa tu.

Dulu, masa nak berjalan. Berapa banyak kali kita gagal dan jatuh? Mesti banyak kali kan? Tapi setiap kali kita jatuh, ada tak sesapa marah kita sebab jatuh masa main tatih-tatih tu? Takde kan. Malah, kita diberi semangat untuk terus berjalan. Yes, they encourage us, not punish us. And at last, we manage to walk.

Tapi sekarang, kenapa perlu kita menghukum orang yang gagal malah tak diberi semangat.

Semakin lama, semua perkara jadi terbalik. It turns the other way round.
Jom ingat balik. kita pernah berjaya untuk berjalan walaupun pahit getir harung sendiri. sakit sendiri. tapi tetap berjalan. sampai sekarang. Kenapa tak biarkan diri kita untuk berlari lebih jauh.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jan 24, 2011

Semut kecik, tapi rajin. Bergerak laju-laju tak padan dengan kaki yang halus. Semut berlari ke berjalan?

Hai semua makhluk tanah. Makhluk tanah? macam pelik jek. Tapi kita semua memang dari tanah kan. Jadinya makhluk tanah lah. Takkan dari tanah nak panggil air pulak.

Semalam curi baca sms dalam hp ayah. Ada sorang kawannya yang hantar mesej nak jumpa. Tempat dah ditetapkan. Tapi ayah macam biasa, sentiasa on time. Tapi kawannya tu lambat sikit. Jadi, nak bagitahu yang dia lambat, sms yang dihantar berbunyi begini:

"U dekat mana. Jalan jem teruk ni. Che ya nun alif mampus. Jalan macam siput babi"


You rocklah pakcik Z. Jom kita jalan sama-sama pegi Maybank yang dekat dengan bus stand tu. (Dia salah bank. Takde Maybank kat bus stand pun. Maybank jauh nun tak nampak dari bus stand pun)

Jam aku semua dah mati. Maksud aku jam tangan, bukan jam dinding, jam hp mahupun jam leptop. Bukan itu semua, tapi hanya jam tangan. Dalam Bahasa Inggerisnya watch. Bukan jenama Swatch tu. Semua dah meninggal dunia tak berfungsi. Tapi aku tetap pakai kat pergelangan tangan. Bila orang tanya waktu pagi, aku jawab pukul 4.13. Bila orang tanya waktu petang, aku pun jawab pukul 4.13. Seronok jugak bila tahu masa tak bergerak.

Eh, korang makhluk tanah, semut tu berjalan ke berlari? Apasal nampak macam berlari pun ada.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jan 10, 2011

Empty Hearted

Bilamana
Semua rasa telah hilang
Tercari-cari ke mana menghilang
Rasa kosong

Cuba ke kanan tak kena
Bila ke kiri kurang selesa
Berundur ke belakang masih tiada apa
Ditolak ke depan masih statik

Haishh




If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.