Kepada sahabat , Liyana, selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Tak dapat lama di rumah dia hari tu, kerana ada 3 lagi majlis yang hendak dituju. Sedih, sebab tak dapat berjumpa dengan kawan2 lama yang lain. Hanya kami berempat je yang sampai pagi tu.
Di kesempatan yang ada pada hari yang sama, dapat lah melawat rakan lama, Najib. Sangat sedih melihat keadaannya. Bila kenangkan kesakitannya, tertitis air mata. Semoga Najib tabah dalam ujian ini.
Dulu-dulu, dalam kalangan kami, Najib lah antara orang yang paling sihat. Sekarang beliau dah tak mampu bangun. Kakinya tak mampu bergerak lagi. Bergerak hanya dengan kerusi roda. Masanya dihabiskan dengan berbaring. He is helpless. Dalam usia yang amat muda, Najib didatangi ujian yang amat berat. Semoga Najib tabah.
Pada mulanya, kakinya hanya bengkak-bengkak dan semakin lama bengkak menjadi teruk. Bila dibawa ke hospital, sakitnya masih lagi menjadi misteri, hingga doktor mengambil air tulang belakang (4 kali). Tak faham dengan doktor tu, kenapa sampai 4 kali. Setelah tak dapat kesan apa-apa, Najib dibawa ke hospital pakar. Doktor kata ada masalah buah pinggang. Mujurlah Najib tak membenarkan tisu di buah pinggangnya diambil dan bertindak untuk pulang ke rumah. Sekarang, hanya rawatan alternatif yang menjadi inisiatif. Semoga Najib lekas sembuh. Nampak beliau telah letih setelah berbulan-bulan cuba menentang penyakit ini.
Foto di bawah ini adalah fokus di kakinya. Kalau tak sanggup jangan tengok lama-lama.
Semoga Najib lekas sembuh, serta diberi kekuatan mengharungi ujian dengan tabah dan kuat.
p/s: tak faham kaitan kaki yang bengkak dan perlu diambil air tulang belakang. sedikit pissed off dengan doktor tu. Mungkin ada explanationnya.
p/s/s: Gambar dari akaun FB salah seorang rakan.
If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.
4 comments:
weh.. aku pun tak dpt jumpe ko. kesian gile la najib. dah kurus sangat dah kawan kite tu. semoge die cepat sembuh!!
kan kite berdekatan, marilah dtg ke rumah aku.. kite sama2 doakan najib ye.
nisa, najib mana ni?elly kenal dop?
kawan masa sekolah dulu
Post a Comment