May 26, 2010

Selingkuh!

Hai semua.
Tajuk kita pada hari ni ialah selingkuh ye.
Selingkuh= curang.
Saya gunakah istilah 'selingkuh' ni la ye. Lagi pun, 'curang' ni macam agak kasar pulak bunyinya pada saya.
Pada yang dah ada pasangan, jangan selingkuh ya.
Hormati pasangan, setia pada pasangan dan terima pasangan seadanya.

Mungkin masa bercinta, bila salah seorang dari pasangan selingkuh, dan bila masa kata putus untuk berpisah dah diputuskan. Masih tiada masalah.
Tapi bagi pasangan yang dah lama berkahwin, dah ada beberapa orang anak, anak pun dah besar untuk faham situasi masalah ibu bapa, perkara ni tak sepatutnya terjadilah kan..
Mungkin boleh difikirkan semula, kenangan bersama pasangan, sama-sama membesarkan anak mencari rezeki, kenapa perlu berselingkuh.
Cuba bayangkan apa yang akan jadi pada anak-anak kalau lihat ibu bapa dah tak macam masa-masa lalu.
Kasihan anak-anak.

Kalau isteri yang selingkuh, dosanya tak akan tertanggung.
Syurga seorang isteri tu di tapak kaki suami.
Isteri yang nusyuz tak akan dapat mencium bau syurga.
Suami perlu ditaati dan dihormati selagi apa yang dipintanya tak berlawanan dengan hukum agama.
Isteri yang selama ini menguruskan anak-anak dan jika tiba-tiba selingkuh, macam mana dengan anak-anak?
Anak-anak perlukan ibu setiap masa.

Sementelahan itu, kalau suami pula yang selingkuh, dayus namanya.
Tanggungjawab sebagai suami dan bapa akan terabai.
Yelah, sibuk bercinta dengan orang baru.
Anak-anak dah tak dihiraukan.
Cuba bayangkan, nak hidup dengan orang baru.
Nak mulakan balik dari bawah. Tak penat ke. Sedangkan isteri yang bersusah payah membesarkan anak-anak bersama-sama dulu tu dah senang dengan adanya rezeki anak-anak.

Jadi, untuk yang ingin mendirikan rumahtangga, pastikan betul-betul bersedia.
Jangan tiba suatu masa, anda selingkuh.
Saat bercinta memang manis, tapi bila dah beranak-pinak, lagi hebat ujian yang akan melanda.
Jadi, sentiasalah cari ilmu di dada. kerana proses mendidik juga memerlukan kita untuk belajar.
Sebab, dari sudut pandangan saya, orang yang tak berilmu tidak akan fikirkan tentang masa yang akan datang. Tapi kalau orang yang berilmu itu selingkuh, itu maksudnya, ilmu yang dipelajari tidak dipraktikkan.

Bagi yang dah berumahtangga pula, jagalah keluarga anda sebaik mungkin.
Keseronokan sementara tak menjamin kebahagiaan.

Mari sama-sama mencipta kebahagiaan berkekalan.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

0 comments: