Ini semua kebesaran Allah al-khaliq. Betapa bijaksananya Dia. Betapa Dia tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Betapa setiap ciptaanNya itu adalah semata-mata untuk manfaat manusia. Setiap satu tanda yang ada dalam buah-buahan dan sayur-sayuran menunjukkan bahawa tumbuhan itu baik untuk bahagian dan organ-organ tertentu dalam tubuh kita.
1. Lobak Merah
Hiriskan lobak merah secara membulat. Perhatikan. Hirisan lobak merah kelihatan seperti mata manusia. Ada anak mata, iris, lingkaran sinar-sama strukturnya seperti mata manusia. Ertinya, lobak merah amat baik untuk kesihatan mata. Ini dibuktikan oleh kajian sains iaitu lobak merah sangat membantu pengaliran darah ke mata, sekaligus membaiki fungsi mata.
2. Tomato
3. Anggur
Cuba belah buah tomato secara bulat melintang mcm dlm gambar. Tomato terbahagi kepada 4 ruang. Tomato juga merah. Kajian mendapati tomato seiras dengan jantung dan darah (jantung kita kan ada 4 ruang, darah pulak warna merah). Justeru, tomato amat baik untuk kesihatan jantung dan darah.
3. Anggur
Anggur tergantung pada pokoknya dalam gugusan yang kelihatan seakan-akan jantung kita. Setiap biji anggur pula kelihatan seperti sel darah. Penyelidikan hari ini mendapati, anggur memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan merupakan makanan penting untuk darah.
4. Bawang Besar
Bawang besar kelihatan seperti sel-sel tubuh. Penyelidikan hari ini menunjukkan, bawang membantu membersih dan mengeluarkan bahan buangan dari semua sel tubuh. Malah air mata yang keluar ketika memotong bawang sebenarnya bertujuan membersih lapisan epithelial mata.
5. Buah Tin
Buah tin penuh dengan biji. Semasa tumbuh, buah tin tergantung secara berpasangan, menyamai testikal kaum Adam. Buah tin didapati dapat meningkatkan mortaliti/ kesuburan lelaki.
6. Avokado, Terung
Buah-buahan iini kelihatan sama dengan organ peranakan kaum hawa. Justeru, buah-buahan ini disasarkan untuk kesihatan dan fungsi rahin dan serviks. penyelidikan kini menunjukkan bahawa wanita yanag makan sebiji avokado seminggu dapat menyeimbangkan hormon, menyingkirkan berat badan semasa mengandung dan menghalang kanser serviks. Avokado mengmbil masa 9 bulan untuk tumbuh, berbunga dan berbuah ranum (menyamai tempoh kehamilan wanita).
Jadi, apa lagi..ayuh, makanlah buah-buahan dan sayuran ini jika mahu kekal sihat dan anggun.
Jadi, apa lagi..ayuh, makanlah buah-buahan dan sayuran ini jika mahu kekal sihat dan anggun.
If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.
0 comments:
Post a Comment