Dec 31, 2009

Memorabilia Bertahun Baru

Kala malam itu
Memorabilia suka duka tercipta
Di satu titik tepian pantai
Pulau yang bermutiara

Persinggahan di Fajar Harapan
Bermula titik tolak memorabilia ini
Menitip tempahan mamalia bertanjak
Digaul rapi membangkitkan nikmat rasa

Permainan arang, api dan bara
Rancak dipelopori pemain bercermin mata
Membakar seenaknya mamalia bertanjak itu
Digilirkan daging burger yang kalah tanpa sejuk

Pemain bercermin mata itu
Masih setia dengan permainannya
Meredah panas bara di antara angin pantai malam
Tika hujan merintik turun

Titisan hujan masih membasahi bumi
Apatah lagi pabila Kugiran kecil bersenda berseloka
Di bawah payung makhluk hidung besar berwarna hijau
Menghibur hati berguarau jenaa

Sebelum sempat tiba di kemuncaknya
Bulatan yang hampir tidak kelihatan cuba dibentuk
Permainan plastik merah yang seperti bersimbol tengkorak itu
cuba digagahi setiap yang bermain
Tamat tatkala warna-warna yang terpancar di tengah pekat malam

Usai sudah memorabilia bertahun baru itu.
1 Januari 2009
:mSurrender:

Everything will not be the same again
Thanks to all for this memorabilia of a new year.
Even though it was not for a new year celebration as the main aim.
But it will be as a resemblance of our friendship.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Dec 8, 2009

Jodoh dan Perkahwinan

Musim orang kahwin datang lagi.
Macam biasa ikut mak ayah pegi makan.
Tiap-tiap minggu makan nasi minyak.

Salah satu adat orang yang bertandang ni ialah salam kaut.
Salam kaut ni salam yang dikaut dengan duit yang tetamu bagi pada tuan rumah.
kat sini lebih sinonim dengan "becek" berasal dari bahasa jawa.

Minggu lepas mak tak berapa sihat, maka terpaksa jadi wakil mak.
First time becek. Tapi dengan duit ayah. Kuang2.
Sepatutnya duit tu kena bagi pada tuan rumah a.k.a emak pengantin.
Tapi aku berikan pada pengantin tu sendiri. Hoho.
Bersusah payah memanjangkan leher mencari pengantin, menjejak pengantin yang sebenarnya tak kenal pun akan aku ini.
Biarlah..kan wakil kepada emak.

Haish, bila agaknya masa ni nak dirasai sendiri?



Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku
Kekasih hati ku

* Sounds desperate pulak kan
Haha.
Sekadar hiburan saja.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Nov 7, 2009

Nenek comel

Dari Ruhayah
Kepada Azizah
Bercerita tentang Fatimah
Diakhiri dengan Maimunah



Nenek ini sangat comel ok. dan dia pandai menyanyi. sedap pulak tu.

*credit to totin yang perkenalkan ini nenek.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Nov 2, 2009

Jangan Fikir Remeh

Hal ini, inginku kongsikan bersama kawan2 semua
Indeed, sharing is loving kan
Makanya, demi meluahkan rasa cinta ni
perkongsian ilmu itu perlu, bukan.

Hal ini dipetik
bagi berkongsi sedikit apa yang didapat
juga mengingatkan diri yang sering alpa
moga sedikit sebanyak dpt dimanfaati

Berikut adalah beberapa kesilapan atau kesalahan yang sering kita lakukan dalam ibadat atau amalan agama.

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa. Sayang sangat nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut. Kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut. Buka puasa pun boleh dapat pahala lebih, bagus kan? Takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja. Hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya. Tetapi hukum2 yang lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Ingatlah, Islam itu lengkap dan syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat speaker tu sampai satu kampung dengar. Kadang-kadang sejam atau setengah jam sebelum azan, dah bunyi dah. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur?

Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun baca sorang-sorang dah cukup. Tak payah bagi sekampung dengar. Rasa-rasa macam dapat pahala, rupa-rupanya dapat bala nanti.

Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran (dengan suara kuat) sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran atau memperlahankan bacaan. Sebab menghormati orang yg sedang tidur itu. Inikan pula sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agak dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah. Tak perlulah lama-lama sangat, sampai setengah jam sebelum subuh. 10 minit tu dah kira sempat la orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yang baca ni, please nasihatkan pada surau di qariah atau tempat masing-masing.

4. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Ingatlah, itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu. Yakin dengan diri sendiri.

Berkenaan dengan niat pula, niat itu bukannya dibaca dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yang menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yang dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua. Maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.

Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan selepas daripada itu.

5. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya, itu salah. Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin” , “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin” . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

6. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja). Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan PERUT IBU JARI KAKI, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan, seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Jadi, berjaga-jaga lah ketika melakukan pergerakan dalam solat. Jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah.

7. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah-juadah ke rumah jiran. Memang bagus sekali amalan ni. Tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi. Itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah. Jangan mengharapkan dibalas. Kalau dibalas tu, itu rezeki lah namanya.

8. Apabila kita bersolat di tempat yang limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya. Sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat. Tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la. Sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk bersolat, menunaikan perkara wajib berbanding kita yang hanya nak buat perkara-perkara sunat. Lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Kat R&R ramai orang camni.

9. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita. Tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan. Contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita atau adik beradik kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu. Gunakanlah duit tu untuk membantu adik beradik atau saudara kita tu. Itulah yg dituntut dalam Islam.

10. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih aula (lebih utama). Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang. Tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba’diah zohor, ia dibolehkan. Kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi SAW. Tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qada’ maka tak boleh lah.
Sebagai kesimpulan kepada point-point di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat. Utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yang lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita menjadi sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.

Sekian, semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Manusia selalu saja sibuk mencari sesuatu yang akan ditinggalkannya. Tetapi mereka tidak pula sibuk untuk menyiapkan bekalan yang bakal dibawa. Renung-renungkanlah

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Oct 23, 2009

scrutinize my feelings plis..

Listen to the rhythm of the falling rain
Telling me just what a fool I've been
I wish that it would go and let me cry in vain
And let me be a alone again
blogger-emoticon.blogspot.com

Do tell me
I really need to hear
Do make it clear
I'd be staying here
As I can't adore another
When my heart is somewhere

Pssstt..
Am I just a rebound??


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Sep 30, 2009

JKQ tercedera dilanggar

Alkisah permulaannya adalah begini,
malam td tasha dan aku telah setuju utk jemput syu dr lcct.
dalam 8.30 aku gerak dr rumah.
sampai di kolej za'ba, aku berenti btol2 dpn blok untuk jemput tasha yg sedia ada menunggu kt depan blok tu.
di depan keta aku, ada sebijik keta waja yg berhenti untuk menurunkan kwn2 nya.
semasa nk tnggu tasha sampai, (tasha hanya beberapa cm jaraknya dr pintu keta)
keta depan bergerak gostan ke belakang dgn lajunya.
aku yg tersedar terus meng'hon', tapi nmpknya keta waja itu still tidak memberi respon utk berhenti.
dengan secepat kilatnya aku terus menolak gear ke tahap reverse.
belum sempat nak turunkan handbrake, terus aku dgr bunyi 'gedegang'
wahh, aku dgr mcm 2 kali terhentak, aku pon terbergegar..

Kaki lutut ku menggeletar memainkan rentak lagu 'ayo tatayo mak balik bawak sayur secara remix'
apa dah jadi ni. bila turun dan aku mendapati bumper depan dah kemek ke dalam.
wah, ada crack lg di sekitar bhgn lampu. mujur, nasib lampu sedikit baik dan x pecah.
aku dtg kepada budak tu tanpa mengeluarkan apa2 ayat.
oh ye, mari aku kenalkan kamu semua kepada si pelanggar.
student wanita tahun 3, memakai kaca mata, berambut lurus yg kelihatannya seperti disanggul, asyik membetulkan bajunya yg kelihatan seperti sweater (barangkali cuba melindungi bdnnya yg diliputi baju sempit di dalam, atau mngkin cuba mengelak daripada sejuk), memegang gugusan kunci yg sangat bnyak. bercakap dgn intonasi yg agak kerek.

aku x kata apa2 lagi, dia dah kata "saya x rasa saya yg salah"
eh, aku x rasa pon aku tanya tentang perasaan dia atau pon apakah rasanya setelah kami belanggar.

aku: awak nmpk x keta sy kt blkg?
pelanggar: nmpk, tp patutnya awak ke belakang, sbb nmpk sy nk reverse.
aku: sy nmpk awk reverse laju, dh terlalu dekat.sy sempat tarik gear reverse jek. x sempat lagi tarik handbrake.
pelanggar:tapi patutnya awk pon reverse sama, sy pasang lampu reverse.
aku: ye, tp sy x sempat nk reverse awk dh langgar. sy hon.
pelanggar: sy x dgr bunyi hon. dgr bila dh berlanggar jek. (
aku: awk ni ada rushing nk g mana2 ke?
pelanggar: x, sy cuma nk blk umh jek..
aku: ok(aku hnya nk make sure dia x rushing, klu rushing, mmg aku assume dia nk cepat & x sempat tgk blkg)

atas nasihat tasha, dia bersetuju utk tanggung kos gnti rugi separuh.
(ini kejadian pertama aku belanggar dgn org, aku x tau yg sebenarnya klu org yg langgar tu, dia kena tanggung semuanya)
alahai, apa la aku x terpikir itu sume.

selepas call, apit, aku mintak si pelanggar tnggu sebentar.
wahh,nk tau apa reaksinya??

aku: tnggu kejap bole, tngguadik sy dtg. dia owner sbnr.dia pon nk tgk keadaan keta u.
pelanggar: xbole.. sy nk blk ni. sy rushing nk blk. mak sy nak g kelantan malam ni
aku : eh, td awk kata x rushing nak ke mana2 masa sy tanya td. skang rushing lak. ape kes ni?
pelanggar: sy x rushing, cuma nak balik jek.
aku: klu x rushing, tnggu la kejap. umh sy bkn jauh pon.
pelanggar: tp sy nk cepat (budak ni tau x erti rush & nak cepat)
aku: kejap kata x rushing, skang rushing pulak, mana 1 ni..bukan suh tnggu lama pon.kejap jek
pelanggar: ok lah

selepas lbh kurang 10minit. amar dtg. dia dikirim oleh apit utk melihat situasi ini.

amar: apa dh jd ni?
aku: tgk la, keta ni.rupe dpn ni cmne.
amar: ish, syapiq baru tuka je kak bumper dpn ni.
aku: tula pasal.

kitorg bersemuka dgn pihak pelanggar. sambil menunggu adikku smpi. setelah dia smpi. si pelanggar masih lg dgn gaya nya yg kerek dan x mngaku bersalah lgsg, apatah lagi kata maaf.

dialognya sama sahaja. dia dibantu seorg lelaki tnggi yg dalam situasi ini seperti hero.
si pelanggar pada mulanya setuju utk mmbyar separuh shj.
bumper bernilai rm 400, maka dia hanya nk byr 200 shj.
adikku x dpt menerima keputusan tu.

apit: aku pon stdt gak, dh ujung2 sem ni. aku mintak ko byr 300. bnda tu 400. klu half mmg x cukup.
pelanggar: nape aku nk kena byr lebih pulak.aku x salah pon.
apit:aku dh mintak cara baik. tlg la byr 300.
pelanggar: aku nk byr 200 jek. cukup baik nk byr dr x byr lgsg.
apit: ko tgk x masa nk reverse td?
pelanggar: aku tgk, tp aku x nmpk ada keta kt blkg.
(cuba rujuk dialog dia dgn aku di bhgn atas, dia kata dia nmpk keta aku kt blkg. skang dia mendakwa x nmpk pulak, cm cipsmore lak aku rasa diri aku ngn keta. kejap nmpk, kejap xnmpk)

aku: eh, td kamu kata, kamu nmpk, skrg x nmpk pulak.
pelanggar: (diam, mngkin terbelit dgn kata2 sendiri)

apit: apa guna sensor keta ko ni??keta aku mmg la x de sensor.
pelanggar: sensor tu x bunyi. slalu bunyi. klu bunyi aku bentila, xkan nak langgar dia ni kt blkg pulak.
(sensor x sempat membunyi kerana dia laju dan dh langgar keta aku pon)
apit: ko ni kerek sgt la. aku leh je deal baik2 klu ko x kerek cmni.

kan ada sorg dak laki yg diorg pnggil. budak ni aku kenalkan as hero pelanggar la.

hero:yg ko nk marah2 pmpuan ni nape. ok, ktorg byr 300
pelanggar: aku x nk, aku nk byr 200 jek
hero: ko byr je la 200, aku tmbhkan 100
ktorg pon mcm dh setuju.

tapi, tiba2 salah seorg kwn si pelanggar mula berbunyik berdesing. aku gelarkan dia firestone lah

firestone: nape pulak kite yg kena byr byk, diorg byr sikit. (cakap dgn nada perlahan kepada si pelanggar, malangnya, kami mendengar)
pelanggar: xnak, aku xnak duit dia. aku nk byr 200 jek.

beberapa ketika, seorg lelaki smpi. kami mengagak, ini boypren si pelanggar.
dia mintak pihak aku punya versi cerita.
tgh aku cite elok2, si pelanggar ni asik menyampok jek..
menyampah pulak aku..

last2 kata putus dh dicapai.itu pn slps 2 jam berbunyik2.

pihak ktorg yg kena lnggar ni pon terus meninggalkan tmpt kejadian.

aku terus kan perjalanan mengambil syu.

sampai di nilai a.k.a rumah syu, aku cek hp yg asik dimasuki msg. ada satu msg dr si pelanggar yg berbunyi 'bangang persn'
wah2 sesedap rasa memaki aku.
aku lgsung x kuarkan kata2 kesat pada dia, mahupun lepas aku pegi.
walaupun aku x puas hati, tapi kata2 aku masih lagi bertapis.

aku ignore jek msg dia.

maka,ptg ni, kami akan ke bengkel bersama2 utk tgk quotation harga. takut benor kitorg menipu.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Sep 12, 2009

Apa Lelaki Pos Nak Buat??

Wah, di zaman2 canggih cenggini
dengan tibanya musim perayaan
kurang la keja para lelaki pos (agak buruk jika postman dialih bahasa)
Kad2 raya dihantar terus kepada penerima
tanpa perlu bantuan para lelaki pos ini

Eh, perasan x, uniform lelaki2 pos ni dh cantik
mereka nampak semakin segak
berbaju kemeja biru merah
Membuatku x lepas pandang (bukan jatuh hati ye)

Pengirim2 kad raya pulak
x perlu lg menjilat setiap setem
yg hendak dikirim
sampai kering air liur
* bahaya oo jilat setem, jgn jilat lg ye. gunakan gam/air yg disediakan.nanti kena kanser lidah.

Maka, Ema telah mengambil langkah selamat
dengan x perlu jilat setem utk kirimkan kad rayanya.
Terima Kasih.
Selamat Hari Raya.

Cegitu cegini ema suke,
Ema suke k.nisa tak suke,
Esok luse hari raye,
Sama-sama bersuke rie,



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Sep 3, 2009

Lampu lip-lap di bilik kecil

Hi kalian
Entri kali ni agak berbau hanyir sedikit ya
Jika tgh makan
sila segera tutup

Pernah x korang mengalami kejadian ni
Bila suatu masa tiba
korang balik dari mana2 perjalanan
dengan perut memulas
dengan ingin mengeluarkan semuanya yg ada dlm perut
sesampainya di rumah
terus tuju je bilik kecik
terus petik suis lampu
terus berada di lubang sedia ada
dan semasa hendak melepaskan milik korang semuanya
tiba2 lampu berkelip2 tanpa henti
meminta ditukarkan starter nya
sehingga berpinar pandangan mata
apa perasaan korg??
Bengang??suka kerana mcm berada dlm disko dgn lampu lip lap??
pastu apa yg akan korg buat??

blogger-emoticon.blogspot.com

Jikalau aku,
pejam mata
dan terus lepaskan hajat..
blogger-emoticon.blogspot.com


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 31, 2009

Daging Ada ke?

Kawan2 semua, berhati-hati ye bila makan.
Makanan tu mencorakkan kita.
Jangan sampi tertipu dengan peniaga2 zaman skrg.
Yang byk buat auta bila berniaga.
Mati-matian kita percaya itu kedai makan Islam.
Walhal sebenarnya tidak.

Setelah lebh kurang setahun, kami menetap di kajang.
Walaupun penetapan itu hanya kadangkala.
Kami selalu singgah dan makan bersajikan hidangan
kedai yang kami anggap kedai mamak
yang buka sentiasa 24 jam
sama seperti kedai2 lain.
Sebalikya, kedai ini telah diperiksa dan keputusannya
bukanlah kedai mamak.
Tetapi kedai makan milik Hindu sepenuhnya.
Wah, kami tertipu dengan perhiasan ayat Al-Quran dan juga nama Allah.
Wekk, geli tekak.

Makanya, utk memastikan kita semua
Umat Islam supaya tak tertipu lagi.
Bila masuk ke kedai yg didakwa kedai makan mamak Islam
Jangan la terus duduk dan order.
Tapi, jalan2 wat cam survey lauk yg dihidangkan.
Pastu tanya.
'Ane, daging ada?'
kalau dia kata, kambing ada.
Korang tanya lagi ttg daging.
Or, terus direct tanya daging lembu.
kalau still jwb kambing.
Sah lah bukan kedai makan Islam.
Ingat, hindu x makan daging lembu.

Semoga, kita semua berhati2 ye.
Jangan sampai tertipu lg.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 25, 2009

Rindu yang dulu itu

Dulu-dulu
sepanjang 4 tahun yg lepas
bila tibanya bulan ramadan
puasa dengan kawan-kawan
Berbuka di masjid al-malik khalid
terawih juga di sana

Kadang,
pabila hari hujan
berbuka di bilik bersama rakan-rakan
terawih di indah kembara
berimamkan si kancil
berjalan kaki ke sana
mengelak becak serta lopak
yg kelihatan dalam cahaya samar

Sampai waktu rajin
Kami bergilir memasak nasi
Tapi tiba turn pocik
nasi ada sikit problem
tp dapat diatasi
atas bantuan saya ini

Tibanya 10 mlm terakhir
saya akan ditemani nana dan ely
dengan menaiki motor
mengharungi sejuk
jam 3 pagi
menuju masjid al-malik khalid lg
menghabiskan masa bersama di sana
bersahur dengan juadah yg disediakan
yang paling diingat
nana mencekik 3 ekor puyuh
hamboi..

Tapi kini,
masa itu tak akan dilalui lagi
bersahur berdua
kadangkala sendiri
berbuka berdua
kadangkala di dalam kelas

Rindunya pada tika itu
yang meninggalkan
kenangan gula

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 21, 2009

Do Bother Me

Current state
..
Doing something reasonable
By my own
Elated proud to be me
..

It's getting better
Little better all the time
I'm changing my scene
Doing the best that I can
..

Dear you,
I'd give up
but I'm no quitter

:mHurm:


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 19, 2009

Hey Kamu!

Hey Kamu!
Rasa apa yang pernah lahir dalam diri
Mahu dilihat sebagai yg perfek
Mahu dikasih, disayang dan dipuja
Tapi
perlakuan kepura-puraan menjengkelkan
Tiap jiwa sekelilingmu

Hey Kamu!
Cukuplah mentransformasi diri
Lagak bagai penglipur terhebat
Tiap ceritera yg dicipta
Seringkali menongkah arus kebenaran
Aku, dia dan mereka-mereka
Letih dimomok-momok
Bosan dibuat pancingan.

Hey Kamu!
Kalau hilang rasa jujur
Kalau ikhlas itu kabur
Cukup-cukuplah
Hati-hati milik kami
Telah jemu
Jangan kau bohong lagi!

Sometimes, everything is beautiful, but, we couldnt realize the thorn inside.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 8, 2009

Tata dan hai

Aku akan berpergian
Doakan selamat perjalanan
Kepentingan di sini kutinggalkan
Untuk sekejapan
:mRempit:
...

Yang di sana
Nantikan kesampaian aku
Mungkin detik ini
tidak lagi kan terbit lagi
...

Hormon progesteron
mencanak-canak meninggi
cik acne mula tampilkan diri
oh sakit dirasai
saat jemari tersentuh
Tolong pudar segera ye.
:anongnangyari:
...

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 7, 2009

Ku Tercelaru Emosi

Biarkan Aku
Menjadi Aku
Jangan dipaksa Aku
Provokasi merimaskan
Tolong pergi jauh
Jika niat berbau sampah
blogger-emoticon.blogspot.com
...
Muktamad. Titik.
Aku telah tidak menghadirkan diri dlm sesi intrvw posting.
Apatah lagi untuk exam PTD.
Memang. Kelihatan seperti budak tak berakal waras.
Peluang menerjah depan mata dilepaskan.
Kata telah diputuskan.
Aku mencari hidup sendiri.
Biarpun keperihan.
blogger-emoticon.blogspot.com
...



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 6, 2009

Semangat! Semangat!

:mKening:Heheh. Ponteng klas ari ni..Bukan sengaja ok..Kan ari ni ada presentation.xkan la sesuka ati aku x nak dtg..Ini disebabkan transpot xde..xleh nk g klas la.xkan nk jln kaki kot. Actualy, last minit dtgnya masalah. Napa mesti last mnt baru ditimpa mslh??Klu x, leh gerak awal lagi.huhu..Serba salah sgt ni, sbb next week pn akan memonteng lagi kerana ada event yg lbh besar menanti.Adoyai, harap2 nya advisor ku dapat memahami situasi ini.

Oleh kerana, agak byk masa free mlm ni, jd terpaksa aku push diri aku yg sungguh kurang rajin ni utk wat segala keja yg akan ditinggalkan dan yg dah tertinggal. Oh..mana semangat nih.Kembalilah padaku. Aku amat memerlukanmu saat ini.

Ma
kanya, utk 2 ari ni aku akan bekerja dgn keras, sblm bertolak ke penang utk bersuka ria.Dengan ini,sy berjanji utk berubah menjadi seorg yg sungguh fokus dalam melakukan kerja2 sy dan x akan main2 lg. Baik, sy akan bersungguh2 macam iniblogger-emoticon.blogspot.com


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

An apology

Oh
Presentation Again
I do hope
There will be
Not too much comments
Class ends earlier
..
..
I've been too sarcastic
too harsh
too tactless
So
I am now
really regret
for what i've been done

:sorry:


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Aug 3, 2009

kau memang menyampahkan!!

Mulai ari ni aku nak buang ko jauh2 dari ingatan. Bukan sebab aku benci kau, tp kau yg x hormat aku. Aku leh respek kau kalau kau respek aku. I can treat u well as the others, but u can never change. Huh! Kau ingat aku ni kawan kau ke, umo sebaya kau?Oh, please. Kawan bukan, kakak pun bukan. Kau sepatutnya respek aku sebagai seorg cikgu yg pernah mengajar kau. Ye, kau anak murid aku, jadi tolong jaga sikit adab bahasa kau.

Aku penah jd positif yg kau akan berubah. Tapi kau x pernah cuba langsung. Kau berpura2 depan aku, tunjuk kau dah berubah. Kau masuk kelas aku, tp waktu lain kau ponteng. Tu dah satu, pastu ko leh padam kes kau kt buku rekod kehadiran yg cikgu tulis. Oi, berani sungguh kau. Kau buat keja aku sbb nak amek ati aku kan. Tapi masa aku tanda buku, kau koyak buku kawan, tuka nama kt kulit buku. Kau ingat aku x tau. Aku tanya kau x ngaku. Sudah la aku x tahan dgn kepura-puraan kau tu.

Dah lama aku x balas msg kau. Kau sorg je yg aku x penah rasa nk ada hbgn. Kawan2 kau yg lain, aku terima dgn seadanya. Tapi, tadi aku terpaksa membalas msg kau. Sebab aku bengang + sakit hati yg amat sangat. Msg ko berbunyi begini: "Hi cikgu yg paling sombong, watpe tu?" Wei, aku ni ko kata sombong??Cis, mcm la kau tu peramah sangat. Lantas, aku pun reply "tgh sombong, ari2 menyombong" Ha, amek ko. Pastu kau rply blk aku dh malas nk layan manusia jenis tenggiling mcm kau.

Ye, aku dah kutuk kau kaw2 punya. Sebab sebal ati aku ngan msg kau. Dari dulu lagi kau mmg xde adab sopan kan. Perkara yg aku paling ingat, ko kuarkan satu perkataan tp aku x ingt apa perkataan tu. Dan aku sbgi anak jati kelahiran johor mmg x tau loghat org penang. Ye, aku akui. Tapi aku x malu utk bertanya. Akan tetapi, jawapan yg aku dapat dari kau cmni. "Apalah teacher ni, tu pon x tau, buat apa jd ckgu kalau semua tu x tau" Kata2 kau dh mengguris ati perasaan aku. Kau memalukan aku dpn budak2 lain. Aku kira kau dh bersikap kurang aja waktu tu. Kau ingt jd cikgu tu dah x payah belajar??Tau sume benda..

Arrgghh!!kau memang seorang yg menyampahkan. Aku x benci kau. Tapi kau yg membuatkan diri kau dibenci. Aku nak lupuskan kau dari memori aku. Nyah kau dari sini.

-saat ini aku sgt2 marah-


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 30, 2009

Bahagianya bila bercuti

Bahagianya bila bercuti
lagi bahagia
pabila berduit
ke mana saja boleh dituju
tapi
poket kosong
yang ada hanyalah habuk
ohh..
duduk diam-diam
hanya itu saja
yang mampu
kulakukan.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 29, 2009

ADA AKU KISAH???

Kehadapan EH,
Perangai yg tiba2 ada pada dirimu tu menjelikkan. Ingat aku heran dengan apa yg ko buat??Langsung x. Nak kata iri hati jauh skali. Hah, buatla apa yg dirimu suke EH. Nk tunjuk bagus??Ha, tunjukla ko kt sume orang. Aku sikit pun x terasa. Go ahead with what u want me to feel. I dont even care for every single thing that u want to show. Tunjukla sepuas2 atimu. Sebab orang jakun je tayang benda yang tah pape.

Wahai EH,
Cuba la jd matang sket. Umo dh tua. Perangai mcm budak2. Aku nasihat bukan sbb aku jeles kat ko. Tp sebab aku kesian kt diri mu tu. Macam x tau apa erti kehidupan. Walaupun aku ni xla sebagos mana tapi aku cuba utk jd yg terbaik buat diri aku. X perlu la ko mencontohi aku ni, tapi pandai2 la. Life is like a circle. Jangan mengadu klu ko x dapat apa yg ko nak. Jangan kata life is hard ok. Be honest with urself dulu.

Sekian, time kasih.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 19, 2009

kamu jahat!

kamu yang jahat
menggigit saya
tanpa belas kasihan
saya sakit
maka terpaksa saya
memukul kamu
demi melindungi tubuh ini
maaf
bukan niatku
membunuh mu
wahai kerengga!



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 16, 2009

Kurang positif ke??

Hopefully, i won't face everything that happened yesterday again. The difficulties that I attempted yesterday are really a great hit to me.

Pagi2 dah anta adik ke ukm sbb nk guna keta. Actually, ada appointment dgn Dr Fauziah. Then, mcm2 mslh telah dihadapi. My S-GRA application form still cannot be completed yet. Oh, kak clavy, when I need u, u weren't there..

Then, I lost my hp. Luckily, the person who found my hp is an honest girl. Alhamdulilah..Nasib baik tercicir kt surau. Ni adalah kali pertama saya hilang hp ye.Sblm ni, sy agak cermat dlm menjaga harta benda saya sendiri. Adakah mungkin kerana sy terlalu banyak pikirkan benda2 remeh??

Kelas selesai pukul 9 mlm. Sy dah sangat cukup letih ye kwn2. dr pagi hingga ke mlm sy x berhenti sibukkan diri. Dalam pukul 11 mlm, adik meminta untuk menjemputnya di ukm. Sebelum keluar, sempat la jugak capai hp & purse. Kemudian, sy pn dengan selambanya memandu ke ukm tetapi ditahan oleh pak guard. Tp, x mengapa, kerana sebab yg sy berikan adalah rasional.

Alkisah bermula, pabila kami sampai di rumah balik & tiba2 pintu rumah x boleh dibuka langsung. Puas kami mencuba dan mencuba dan mencuba tetapi gagal. Jam dah menunjukkan pukul 12 lebh. Kemudian, kami pun sepakat mencapai kata putus untuk b'malam di ukm. Tasha telah di'inform'. Sekali lagi, pak guard menahan kami di pintu masuk. Atas budi bicara yg baik, kami terlepas kerana kami x menipu walaupun sikit.

Hingga saat ini, saya masih lg berada di ukm menunggu untuk pintu dibaiki. Harap2 nya cepat la dibaiki sebab sy datang dengan sehelai sepinggang ni jek..wawawa, kasihanilah daku..


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 14, 2009

Siap juga akhirnya

Kenapa mesti semuanya empat??
Huii..X faham sungguh..



FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
nisa
ayun
kecik
khairunnisa

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
29 Nov
20 Nov
1 Ogos
....

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
men'download' borang
mencari2 parking
melempiaskan senyuman smile
menyibuk di bilik tasha

FOUR WAYS TO BE HAPPY :
Smile always
Have enough sleep
Termenung & fikirkan benda2 hepy
Duduk di tepi pantai

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
Kawan2 yg berada di kejauhan
Anak-anak didik
Dila
.....

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :
Camera
TV
Tanah
Rumah
(Materialistiknya saya)

FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :
Sleeping
'Termenung'ing
Travelling
Laughing

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :
Semua tempat di dunia
..


FOUR FAVOURITE DRINKS :
Sirap Limau
Milo Ais
Barli
Air kosong

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR PURSE/WALLET :
IC
Lesen
Kad2
Gambar

FOUR FAVOURITE COLORS :
Biru
Putih
Hitam
Pink

TOP FOUR HANGOUTS :
Queensbay Mall (satu masa dulu)
Bilik Tasha
Kedai Makan
Rumah sendiri kira x??

TOP FOUR U LOVE SO MUCH :
Ayah
Emak
Saudara-mara
Kawan2

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
HP
Money
Time
My laptop + Ext HDD

TOP FIVE WHO YOU WILL TAGGED:
Yuny
Arnamee
Oshinz
Gadis Hebat
Machina

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
1. Menyempurnakan tugasan dari nana
2. Ada masa terluang sket
3. Mengaktifkan kegunaan akal
4. Saja2



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 12, 2009

Rasa Ini


K.E.B.O.S.A.N.A.N
Lebih baik berhibernasi

:sleep:


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 10, 2009

I Wish..

:ha?:
Am I on the right track??
I wish I am..

What will happen if I make the wrong decision??
I wish I can turn back time..

Why does life become tougher??
I wish it is easier..

I wish..
I wish..
I wish..



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 4, 2009

Bercanda di Malam Indah

Masih ingatkah dikau kita bercanda
Di malam itu hanya kita berdua
Masih ingatkah dikau bintang tersenyum mesra
Melihat tingkah laku kita..

Masih ingatkah dikau kita berdansa
Mengikut rentak dan irama
Masih ingatkah dikau kita bercengkerama
Ditemani pelangi indah

Tapi itu semua tak pernah kekal lama
Pergi jua kau akhirnya
Kepulangan kekasih lamamu
Merubah cerita cinta kita

Tapi itu semua tak pernah kekal lama
Pergi jua kau akhirnya
Kuterpaksa mengundurkan diriku
Demi cinta dikau & dia..

bercanda di malam indah
bercanda di malam indah..



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jul 1, 2009

-Perlu ke??-

Perlu ke memotong barisan makcik ooii??
Kami tgh beratur ni??
x nampak ke??
blakang kami bukan ada org pun??
xleh menyabar ke??
Hai la makcik ooi..
Pandai sngguh taktik yg makcik pakai..
sembang2 ngan org depan saya..
pastu slowly panggil anak makcik potong barisan kami..
Makcik oii, kami pon nk bayar gak..
tnggu la turn, x perlu menyelit.
Kaunter lain pun bukak la makcik??
Budi bahasa budaya kita makcikk oii..
kami yg terpaksa berbahasa lakk.
pindah kaunter laen..
pastu makcik stuck kt kaunter tu.
U deserve it makcik..
Len kali jgn memotong barisan ye makcik...

-Bengang-


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 30, 2009

Award from cik oshinz


Yeah..dapat award from cik oshinz.
Tq2 so much my dear fren.
Beliau ini adalah one of my bestest during school days.
Hingga kini beliau masih menjadi slh sorg kawan yg terbaik sy pernah ada.
Maka, sy akan menyebarkan award ini kepada:
1. nanabaik
2. Miss Tochi
3. Choteck vs Matdeng
4. Eya
5. YunyLoveSYou
6. Stardust


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 23, 2009

Aku Punya Impian

Aku punya impian
yang ku tak pasti
Adakah ku bisa mendapatkannya
Melakukannya
Tapi
jika ku punya peluang
Takkan ku lepaskannya
Walau halangan
Perlu ku tempuhi
Lompatan Bungee
Tunggu Aku!


Bungee Jumping!
Aku memang simpan angan-angan nk buat benda ni dah lama. Walaupun aku tahu aku mungkin akan memejamkan mata se'erat' yang mungkin, tapi ini takkan mematahkan semangat aku untuk mencubanya. Tapi..mungkinkah kekuatanku mengatasi ketakutanku? Apakah mungkin aku akan landing dengan selamat? Hanya satu, moga impian aku yang ini akan tercapai.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 22, 2009

Mari belajar..

Pernah tgk buah-buahan & sayur-sayuran? Mestilah sume org pn penah kn? (Apa la punya soalan). Penah teliti x, dengan bentuk fizikal buah-buahan ni? Penah terfikir x, nape tomato tu bulat, anggur tu dlm bentuk gugusan, nape bawang tu menyebabkan mata kita pedih bila mengupas atau memotong bawang? Mesti ada yg x pernah terlintas dalam kepala kan..

Ini semua kebesaran Allah al-khaliq. Betapa bijaksananya Dia. Betapa Dia tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Betapa setiap ciptaanNya itu adalah semata-mata untuk manfaat manusia. Setiap satu tanda yang ada dalam buah-buahan dan sayur-sayuran menunjukkan bahawa tumbuhan itu baik untuk bahagian dan organ-organ tertentu dalam tubuh kita.

1. Lobak Merah



Hiriskan lobak merah secara membulat. Perhatikan. Hirisan lobak merah kelihatan seperti mata manusia. Ada anak mata, iris, lingkaran sinar-sama strukturnya seperti mata manusia. Ertinya, lobak merah amat baik untuk kesihatan mata. Ini dibuktikan oleh kajian sains iaitu lobak merah sangat membantu pengaliran darah ke mata, sekaligus membaiki fungsi mata.

2. Tomato

Cuba belah buah tomato secara bulat melintang mcm dlm gambar. Tomato terbahagi kepada 4 ruang. Tomato juga merah. Kajian mendapati tomato seiras dengan jantung dan darah (jantung kita kan ada 4 ruang, darah pulak warna merah). Justeru, tomato amat baik untuk kesihatan jantung dan darah.

3. Anggur


Anggur tergantung pada pokoknya dalam gugusan yang kelihatan seakan-akan jantung kita. Setiap biji anggur pula kelihatan seperti sel darah. Penyelidikan hari ini mendapati, anggur memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan merupakan makanan penting untuk darah.

4. Bawang Besar



Bawang besar kelihatan seperti sel-sel tubuh. Penyelidikan hari ini menunjukkan, bawang membantu membersih dan mengeluarkan bahan buangan dari semua sel tubuh. Malah air mata yang keluar ketika memotong bawang sebenarnya bertujuan membersih lapisan epithelial mata.

5. Buah Tin

Buah tin penuh dengan biji. Semasa tumbuh, buah tin tergantung secara berpasangan, menyamai testikal kaum Adam. Buah tin didapati dapat meningkatkan mortaliti/ kesuburan lelaki.

6. Avokado, Terung

Buah-buahan iini kelihatan sama dengan organ peranakan kaum hawa. Justeru, buah-buahan ini disasarkan untuk kesihatan dan fungsi rahin dan serviks. penyelidikan kini menunjukkan bahawa wanita yanag makan sebiji avokado seminggu dapat menyeimbangkan hormon, menyingkirkan berat badan semasa mengandung dan menghalang kanser serviks. Avokado mengmbil masa 9 bulan untuk tumbuh, berbunga dan berbuah ranum (menyamai tempoh kehamilan wanita).

Jadi, apa lagi..ayuh, makanlah buah-buahan dan sayuran ini jika mahu kekal sihat dan anggun.



If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

Jun 20, 2009

-Mimpi ialah Dream-

Last nite, tiba2 mimpi kwn2 sume.
Nape tiba2 ni??Baru ingat nk mimpi pegi bercuti riang ria.
Tp mimpi diorg lak!! Haish!
Walau apa pon, diorg ni mmg SUPER AWESOME.

Watak pertama yg muncul dalam mimpi ialah budak nana.
Haiyaa, buat apa dia ni dalam mimpiku??
Hehe. Jgn Mara2 ye nana.
Nana a.k.a Nursyafira Diyana Azman.

Budak ni, kukenal masa di zaman matrik lg.kami satu kuliah tp lain praktikum.
Perasaan aku terhadapnya masa tau pasal dia, agak dingin la jugak.Sume ni hanya 1 sebab je.
Her VOICE. Punya la kuat klu bercakap kt belakang.
Kalau cikgu kt depan mengajar pun, apa yg dia cakap boleh dengar butir percakapan dia sebijik demi sebijik.Aku x la anti kt dia pn. Biarla, at least she woke me up when I was sleeping in the class with her loud voice.
Then, masa registration day kt USM, dia la org pertama yg aku jmpa.
Starting from that day, kami rapat.Walaupun x sama course, still ada kelas yg sama dgn budak ni.Dan, masa tu la, aku kenal dia ni.Suaranya tu kurniaan Ilahi.
Budak ni sangat caring, always there if I need a shoulder to cry, pengkritik kepada sume yg aku buat, teman bergaduh, etc..etc..(malas tulis byk2, kang kembang lak budak ni)
Walaupun dia ni muda setahun dr aku, tp kdg2 budak ni lebih matang dr ku.Sebenarnya, aku ni jek yg x matang lg. hekhek.
Nana, thanx 4 everything. Jasamu ku kenang selalu.

Watak kedua yg muncul ialah pocik.
Pocik a.k.a Sharifah Raudzah
Nama punya la sodap, tp panggil pocik je.
Budak ni klu dengar dia ketawa, kdg2 tu rasa nk lempang jek.Punya la pelik jenis ketawa yg dia ada.Suka sardin yang teramat sgt. Makan hingga menjilat jari.
Kalau sindrom budak ni dtg, aku blaja bersabar.Sebab, sindrom dia suka menyendiri, to be alone, katanya.Apa tah yg dia buat, Wallahualam.
On the contrary, she is a joker.Penghibur duka lara
Budak ni ada a pair of hand yg sgt comey.Aku t'pandang masa kami naik jet-ski.Hakhak. Gile comey n tembam.
Cik, aku rindu coq badak, pulut panggang, pulut sekaya, gulai daging rusa. hekhek.

Pastu, muncul pulak minah ni.
Drama Queen a.k.a Zahida Amin
Dia ni pn pelik.
Cerita sedih yg bukan milik dia pn, dia akan nangis mcm gelap teros masa depan.
Hakhak, jgn mara klu ko baca ye cik zahida.
Suka simpan junk food dalam bilik. Menyemakkan pandangan mata aku, lalu membuatkan aku rasa nk makan je benda2 tu suma.
Slalu sakit2 badan, kaki, tgn, segalanya klu main futsal.Pastu aku jugak yg kena urut.
Zahida, aku nk dgr lagu jab we met yg dinyanyikan oleh ko n lagu nasha yeh pyar yg dinyanyikan oleh abah ko.

Ni sorang lagi minah Hindustan.
Nuha a.k.a Nor Nuha Sultan
A person with positive views all the time.Semua aduanku, akan dipandang dari perspektif yg positif.Oleh yg demikian, klu sesapa ada masalah leh jumpa budak ni.Gerenti ilang ion2 negatif dlm diri.
Cuma, masa latihan mengajar, cabaran yg dihadapinya di SMK St. Savier telah melupuskan sedikit ion positif tu.Puas kami cuba mencari balik ion postifnya.
Nuha, ko sbnrnya kuat sbb dpt abeskan 4 bulan kt sek tu. U are actuallty strong.

Ni pulak my junior. Ema a.k.a Nor Aziemah Azman
Dia ni bukan adik nana ye wpun punya nama ayah yg sama.
Suka makan. Jangan berani cabar ini budak utk bertanding makan.Gerenti kalah punya. Ema is the winner of all time.Penghibur. Tak kering gusi dgn telatah budak gebu ni.
Slalu bg idea time aku kering idea utk mengajar.
Ema, u can be a creative teacher tau. so develop ur skills plus use ur humourous value to attract student. Semoga berjaya jd penjual pixel yg terkemuka.

Si lemah-lembut
Ain a.k.a Norain Mohtar
Budak ni lembut di luar, tp jgn main2 ngan dia.
Suka bergaya dan aku juga suka dgn gayanya.Seorang yg sgt neat dan kemas.
Klu time makan, she will be the last person to finish her food.Jenuh gak nk tnggu budak ni abes makan.
Ain, bawak keta jgn ikut perasaan. bawak ikut kelajuan yg ditetapkan k. Jgn langgar lampu merah.haha.

Abes jek watak ni, aku pn sedar..
la, dh pagi rupanya.
X sempat org len nk masok dlm mimpi ku.
buat yg x masok tu, u all tetap kawan-kawan ku.
Frenship 4 ever.

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.