Rancangan realiti TV Adik-adikku dah selamat tamat minggu lepas. Program ni macam tak dapat publisiti sangat. Amat kurang hebahannya. Ditayangkan kat TV1.
Tapi, pengisiannya amat padat. Penuh dengan ilmu, pengajaran, nilai-nilai. Pandai lah adik-adik ni semua.
Perasaan kita turut terikut dengan penyampaian diorang ni. Bila sedih, memang akan terheret dengan kesedihan tu. Yang jadi juara tu memang best lah. Two thumbs up Adik Wajih!
Siapa yang tak tengok tu, jom view balik. Sangat tak rugi.
Apa fikir Nabi, dan apa pula fikir kita? Fikir kita, biasanya.. bangun pagi pergi kerja, pergi sekolah, keluar pagi balik petang, Dapat gaji, bayar hutanglah.. Macam tu lah hidup kita.
Betulkan??
Ada sorang lagi, Adik Syazwina. Memang comel adik ni bercerita. yelah,Murabbi dia pun Ustaz Zamri, yang Mari Mengaji tu.
Comel kan Adik ni..
Hopefully, adik-adikku ni akan ada lagi pada masa akan datang.
If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.
Pernah tak terasa bila mana Kita inginkan sesuatu tu yang teramat sangat. Lepas tu langsung tak dapat benda tu. Akhirnya dapat benda lain.
Ok, contoh paling senang la kan.. Kalau kita nak sangat pergi kat angkasa lepas. Walau macam mana usaha pun, tapi cuma dapat terbang hingga ke langit biru je. Lalu kita mengeluh, tak dapat sampai ke angkasa lepas tu. Tanpa kita sedar, yang sebenarnya dah cukup bertuah sampai ke langit biru tu. Ramai lagi orang yang takde peluang tu.
Contoh kedua, seorang gadis X dan seorang jejaka Y. Bercinta bukan main lama. Setia, tak bersanggupan selingkuh, semua lah. Masa, Duit, segalanya dikorbankan. Gadis X hendak sangat-sangat mendirikan rumahtangga dengan dengan jejaka Y. Tapi, ditakdirkan tak bersama hingga akhirnya. Mungkin si gadis X telah dipaksa oleh keluarga untuk menjadi suri orang lain. Atau jejaka Y masih lagi memerlukan masa untuk menyunting gadis X. Dipersalahkan siapa?
Kita selalu tak pernah bersyukur kan, dengan apa yang kita dapat. Selalu mengeluh tentang kenapa kita tak dapat kan sesuatu yang kita sungguh-sungguh hendakkan.
Bila kita dapat sesuatu yang bukan kehendak kita, cuba kita tengok dari perspektif positif. Mungkin takdir untuk sampai ke angkasa lepas tu bukan untuk kita. Manalah tahu kan, bila dah sampai ke angkasa lepas tu, jadi manusia hipokrit. Jadi, Allah tu nak bantu kita untuk tak jadi hipokrit, maka sekadar langit biru dihantarnya kita. Ataupun, dalam kes gadis X dan jejaka Y, dah ditentukan jodohnya. Gadis X mungkin menjalani hidup yang lebih baik, yang mana yang tidak pernah dirasakan semasa dengan jejaka Y. Yelah, jejaka Y kan masih perlukan masa. Jadi Allah dah sediakan seseorang yang dah bersedia untuk mendidik, melindung gadis X.
Jadi, mari sama-sama renungkan balik, "....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesutu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
No, you can't always get what you want You can't always get what you want You can't always get what you want And if you try sometime you find You get what you need
Just a reminder for myself. Tak semua yang kita inginkan adalah yang terbaik.
If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.
Selamat pagi Ahad semua.. lihat kepada tajuk entri hari ni. itu maksud yang diberi ialah, mabuk glee.. Dah tonton hingga episod 13. tak sabar tunggu sambungannya. Jadi, sebab dah suka sangat.. maka terpaksa ditonton selagi boleh.
Eh, Cik Nisa, Keja banyak pun curi2 tengok glee lagi?? Assignments, presentations, works. See the 's'?? Ok, memang banyak.
Pagi tadi berjogingan. Oh, crap, stamina dah takde.
Tak sampai 1 pusingan pon dah tak larat. tak macam dulu-dulu masa zaman muda-muda. Sedih tau bila macam ni. Cepat penat, cepat ngantuk masa kerja. Dalam klas apatah lagi, menguap saja.
If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.
Hola everybody, Hari ni, 11 Mac 2010, dengan rasminya keputusan SPM dikeluarkan.
Congrates to my lil' sis. U make us proud!! Nanti kakak belanja adik makan. Hadiah xpayah la. Kasih sayang tulus suci dah cukupkan. Tak ternilai dengan barang2 yang dijual kat kedai tu kan.. Ni bukan sebab kedekut, tapi berjimat..
Eh, semua adik-adik dah takde yang sekolah lagi la.. Dah takde budak sekolah dalam rumah. Baru rasa dewasa sikit bila balik rumah.. Eh, Ada kena mengena ke??
If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.
Morning everybody.. Lama tak update kan.. Last week is a horror for me. sakit perut berhari-hari eh sakit yang amat sangat. Ohh, doktor pakistan tu kata, "perut dalam acidity" Nasib baik bukan gastritis.
Eh, hari ni jadi pekerja berdisiplin amat tau. Pagi-pagi lagi dah sampai ofis. Ingat ada meeting. Lor, rupanya esok lah. Buta kalendar ke?
Currently addicted to Glee! To those who love musical, You all SHOULD watch this. Even break time, i spend my time watching Glee! Mr Shuester, u rock lah!! I heart u!!
Gila Glee ni. Final words: You all SHOULD watch this.
Nah, sikit preview.
Cute isn't it??
If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.