Jul 4, 2010

Disukai atau tak disukai??

Salam luar biasa semua.
Pernah terasa diri sendiri tak disukai oleh orang atau pun rasa semua orang tu senang dengan kita?
Mestilah pernah kan..
Janganlah susah hati kalau kita tak disukai orang dan janganlah terlalu suka kalau diri kita disukai orang. Sama ada kita sedar atau pun tak, pasti kita akan berada dalam situasi sama ada orang suka akan kita atau tak disukai.

Ada orang kat luar sana tu memang pelik. Dia tak suka dengan kita, kita pun tak tahu sebabnya. Ada tu pulak suka sangat dengan kita, kita pun tak tahu sebabnya. Ada tak?? Mesti ada. Mana pulak boleh tak ada. selagi kita hidup bermasyarakat, memang kita tak akan dapat lari daripada disukai atau pun dibenci.

Kawan-kawan, jangan sakit hati sangat kalau dapat tahu diri kita tak disukai . Kalau kita baik dan kita tahu diri kita memang baik, orang yang tak menyukai kita tu lah orang yang tak berapa baik. Jangan susah hati sangat. Tapi kalau kita ni rasa takdelah berapa baik dan ada pulak orang tak suka kita, orang tu pasti baik. Jadi, kita jadikan itu sebagai kayu pengukur untuk berubah menjadi lebih baik. Kan baik tu..

Sebenarnya, walau macam mana pun, kita akan jumpa dengan orang yang suka dengan kita dan yang tak suka dengan kita. Kita pun tak tahu sebab-musababnya. Tahu-tahu dapat sms kata, "Dahlah, muka macam siamang, engkau ingat engkau cantik sangat". Tak pun "Budget hensem, ingat semua orang suka ke. Dahla suka korek hidung membabi buta". Tak pasal-pasal kan, kadang-kadang kita tak kenal siapa orang tu.

Kadang-kadang pulak kita boleh dapat sms dengan kata-kata, "Dalam dunia ni tak ada orang lain yang saya sayang selain awak," Tak pun "Awak ni baik, comel pulak tu, susahlah nak lupakan awak." Eh, tak pasal-pasal pulak kan.

Pernah tak?

Sama ada pernah atau tidak, kita kena ingat hakikat ni. Memang ada orang benci kita tak kira sebaik mana pun kita. Dan ada orang yang akan suka kita tak kira sejahat mana pun kita ni. Pasti ada, sama ada nampak atau tak, tahu atau tak, itu yang membezakan. Pokoknya ada.

Macam kita tengok artislah, kan ada yang kita suka sangat-sangat. Entah kenapa kita suka sangat, sejak awal-awal lagi kita dah suka dia. Dia tak tahu, tak kenal pun kita, tapi kita suka sangat. Kalau dia punya konsert, kita mesti pergi. Kalau dia keluar album, mesti kita beli. Bagi kita sedap sangat. Kena sangat apa saja yang dibuat artis tu. Orang lain tengok macam nak muntah, tapi kita mabuk gila.

Tapi ada juga artis yang kita benci bukan main. Bukan artis tu pernah kata tak senonoh kat kita, tapi kita punya benci, masyaAllah..

Jadi kawan-kawan, jangan susah hati sangat kalau ada orang yang macam tu terhadap kita, sama ada benci atau suka, kita buat selamba mak enon jekk. Kalau orang puja kita sangat, ingat saat orang akan keji kita sangat, kita taklah riak semacam jek kan. Kalau ada orang keji kita sangat, ingat saat orang puja kita sangat, takdelah rasa hina sangat. Kan..

Sekian motivasi hari ahad..

P/s: berhenti tepi jalan ingat kan orang jual durian, rupanya orang carik cacing nak memancing..patutlah tak nampak durian ingatkan sebab hujan tak nampak durian. Dan dengan selamba tanya "Bang, cepatnya durian habis??" dan brother tu jawab, "Durian takde, cacing banyaklah, nak ke??"

P/s/s: harap-harap dia lupa raut wajah ku ini..

If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

4 comments:

~PeRsOna NoN gRaTa~ said...

i like your word...
'jangan susah hati sangat kalau ada orang yang macam tu terhadap kita, sama ada benci atau suka, kita buat selamba mak enon jekk. Kalau orang puja kita sangat, ingat saat orang akan keji kita sangat, kita taklah riak semacam jek kan. Kalau ada orang keji kita sangat, ingat saat orang puja kita sangat, takdelah rasa hina sangat.'

it is very interesting!!

mimie_t said...

Ok cemana ni? kenalah mula berperasaan neutral terhadap FS. Hahaha.

nisadaud said...

persona non grata:
thanx...

mimi:
kejap, FS tu apa e?

Anonymous said...

time kasih sesangat Nisa utk kata2 anda yg melegakan sesgt hati yg tak tenteram.
kisahnya begini ..
saya dah berkeluarga dan punya anak 2,suami seorg yg baik hati dan penyayang .. alhamdulillah .. dikurniakan rumahtangga yg happy ..
tapi ipar2 (perempuan) suka sgt fitnah dan bercerita itu ini dgn jiran2 sekampung .. sehingga saya tak disukai ramai org .. saya kenal siapa saya .. bukan sejahat yg dikata .. anak perempuan di sekolah diejek, kawan2 sebaya tak nak berkawan semata2 hanya kerana mak bapak masing2 ckp saya tak baik .. sedangkan saya tak pernah kenal mereka. kami seolah2 dipulau satu kg hanya kerana cerita2 fitnah ..
hidup kami hanya pagi kuar pegi kerja .. mlm baru jengah rumah .. tapi tetap dikata itu ini, semua tak kena ..

kami hanya bertawakal pada Allah S.W.T. , sesungguhnya Dia Maha Mengetahui ..