Mar 15, 2010

Boleh ke dapat semuanya??

Pernah tak terasa bila mana
Kita inginkan sesuatu tu yang teramat sangat.
Lepas tu langsung tak dapat benda tu.
Akhirnya dapat benda lain.

Ok, contoh paling senang la kan..
Kalau kita nak sangat pergi kat angkasa lepas.
Walau macam mana usaha pun, tapi cuma dapat terbang hingga ke langit biru je.
Lalu kita mengeluh, tak dapat sampai ke angkasa lepas tu.
Tanpa kita sedar, yang sebenarnya dah cukup bertuah sampai ke langit biru tu.
Ramai lagi orang yang takde peluang tu.

Contoh kedua,
seorang gadis X dan seorang jejaka Y.
Bercinta bukan main lama.
Setia, tak bersanggupan selingkuh, semua lah.
Masa, Duit, segalanya dikorbankan.
Gadis X hendak sangat-sangat mendirikan rumahtangga dengan dengan jejaka Y.
Tapi, ditakdirkan tak bersama hingga akhirnya.
Mungkin si gadis X telah dipaksa oleh keluarga untuk menjadi suri orang lain.
Atau jejaka Y masih lagi memerlukan masa untuk menyunting gadis X.
Dipersalahkan siapa?

Kita selalu tak pernah bersyukur kan,
dengan apa yang kita dapat.
Selalu mengeluh tentang kenapa kita tak dapat kan sesuatu yang kita sungguh-sungguh hendakkan.

Bila kita dapat sesuatu yang bukan kehendak kita,
cuba kita tengok dari perspektif positif.
Mungkin takdir untuk sampai ke angkasa lepas tu bukan untuk kita.
Manalah tahu kan, bila dah sampai ke angkasa lepas tu, jadi manusia hipokrit.
Jadi, Allah tu nak bantu kita untuk tak jadi hipokrit, maka sekadar langit biru dihantarnya kita.
Ataupun, dalam kes gadis X dan jejaka Y, dah ditentukan jodohnya.
Gadis X mungkin menjalani hidup yang lebih baik,
yang mana yang tidak pernah dirasakan semasa dengan jejaka Y.
Yelah, jejaka Y kan masih perlukan masa.
Jadi Allah dah sediakan seseorang yang dah bersedia untuk mendidik, melindung gadis X.

Jadi, mari sama-sama renungkan balik,
"....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesutu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

No, you can't always get what you want
You can't always get what you want
You can't always get what you want
And if you try sometime you find
You get what you need

Just a reminder for myself.
Tak semua yang kita inginkan adalah yang terbaik.


If you like this article, please click LIKE button below. Thank you.

1 comments:

Miss M said...

thanx for the reminder. a good reminder for me, indeed.